Ninjaseni Jamming Dekat Legasi Oakheart

Terima kasih LEGASI OAKHEART sebab jemput abam Ninjaseni perform kat tempat korang, ini semua adalah ajakan Hafiz Latiff yang tah macam mana terbuka hati nak jemput en ninjaseni buat bising kat tempat anda.


legasi oakheart

Lagu pertama ninjaseni adalah satu ilham dari irama lagu irama qawali, bajet nak tiru raihan nyanyi lagu Allahu, jawabnya tetiba dapat idea, bila geng the rascals datang, terus paw diorang punya player sorang dua jamming dengan ninjaseni. Alamat nya sebab player lelaki pemain gendang bermisai lebat pergi berasap kat belakang, jawabnya ninjaseni mengajak seorang pemain wanita, Hanura Syed Akbar Ali,cuba mengetuk cajon. Dia ni rupanya kawan adik ninjaseni. Lagu dinamakan Qawali Blues ini cuma jamming biasa memuji dan menyebut nama Allah, style blues harmonika. Itu memang kerja gila ninjaseni.

Lagu kedua juga adalah lagu yang tetiba dapat ilham dari perjalanan sekolah dahulu. Lagu ini dah tulis tahun 2009, bertajuk Cikgu Hasimah, ianya memang cikgu ninjaseni masa sekolah menengah dulu. Lagu ini dijamming bersama geng rascals jugak, sambil saudara Hafiz Latif bertindak menjadi stand mikrofon pada saat akhir lagu ini nak habis. Kali ini kerusi biru jadi penyelamat, jadi stand gitar , bajet nak lawan man kidal ada stand gitar kapok. Lagu ini akhirnya berjaya dinyanyikan ninjaseni, bak kata haziq (yeke nama dia) feel tu penting. Memang pun, feel tu penting.

Lepas habis , ninjaseni dan anak perempuannya makan makanan yang disediakan oleh kumpulan legasi oakheart sambil layan rascals, saidin omar, dan abang ismail, hahaha. TErima kasih sekali lagi. TEtiba ninjaseni teringat keropok kat sana, nanti nak datang lagi, anak ninjaseni suka tempat ini, selesa. Ada ruang solat yang sangat bersih dan selesa.

Semoga legasi oakheart tuan rumah en Hafiz Latiff, isteri, para pekerja terus maju dan maju. Ada lagu ninjaseni jamming, lagu kanan kiri, matlamat kita sama, memajukan negara, membuka jiwa, barulah wasatiyah, ikut jalan tengah-tengah. Alhamdulillah. Kalau ada makan-makan, jemputlah lagi en ninjaseni. Kali ini nak fokus makan pulak.

Comments

Popular Posts