Langkah Penjimatan 4 Dalam 1

Alhamdulillah, zaman sekarang ni, kita perlu berjimat cermat, dalam apa jua program kita lakukan. Contohlah dalam business shaklee ni abg joe suka sangat buat benda yang tak berfaedah. Dalam banyak aktiviti selain ajar buat blog, ajar main fb, abg joe jugak adalah.


langkah penjimatan

1) PENYUMBANG LAGU 

jimatkan ? kalau ada function, nak buat majlis hari raya, dinner atas sampan, abg joe boleh jadi artis nyanyi kaw kaw punya, suara abg joe, tuh, atas sikit dari amy search, memang sedaplah, kan jimat ? Dalam kelas pun kalau korang nak selitkan ruangan hiburan, abg joe boleh nyanyikan lagu motivasi, contoh lagu kau ilhamku, bersama kaum husband nyanyi untuk para isteri. Nampak tak sweet giler kat situ ?

2) PENCETUS HURU HARA KANAK-KANAK

nak kata pengasuh, nak kata baby sitter bukan sekali. Tapi nak tolong jaga kanak-kanak, bagi tugas tuh kat abg joe. Kalau rasa majlis korang tuh bosan takda suasana hari raya, ni abg joe boleh buatkan anak anak korang tuh dari bosan jadi hyperaktif, sampai korang tak boleh fokus nak buat kerja atau nak belajar. Mungkin mak mak sibuk belajar pasal produk, lepas tuh sibuk nak bermakeup makeup ala covergirl, abg joe datang bawak kanak-kanak main sampai habis bilik seminar jadi bersepah. Itulah kelebihan abg joe, lepas tuh terus cabut lari tak kemas.

3) PAPARAZZI

kalau korang rasa gambar korang kurang glamer, ni abang joe ada nih, setiap inci gambar korang, kalau korang join event percutian ke, blogging ke, kelas ke, national conference ke, ni abg joe ada jadi paparazzi, semua gambar abg joe penuh makna, tapi abg joe tak hantarlah pergi pertandingan, takut habis jurucamera lain tak boleh cari makan. Setakat nak gambar pegang award tuh, abg joe kasi can kat orang lain.

4) MENTOL BUSINESS ANDA

ini bukan mentor ala DAOd tuh, itu mentor business power tahap gaban ribu riban. Ini abang joe punya MENTOL. Bila korang perlukan MENTOL ? Banyak, tetiba korang takda idea nak update blog, abg joe ada jadi MENTOL. Hahah, dalam karton kan kalau datang idea keluar MENTOL ? Hhahaha, itulah sebabnya koranng perlukan MENTOL BUSINESS . Lepas tuh korang sepi kegelapan, sebab gagal mengurat awek kaunter, atau pun cinta korang ditolak, sepi seribu bahasa, abg joe datang bawak MENTOL menerangi hidup korang. Takpun rumah korang gelap sebab blackout, takpun elektrik kena potong dengan TNB, ni abg joe bawakan MENTOL.

Sudi ke korang mengambil MENTOL ABG JOE nih ? Kalau sudi, pm pm, ajaklah belanja makan nasi goreng teh ais, tentu abg JOE rela hati menjadi MENTOL ANDA !!!

Comments

Popular Posts