Labu : Ilham Sains,Seni,dan Shaklee

Bila kita menyebut tentang LABU, pastinya semua akan ingat macam-macam perkara dengan labu ini. Ianya menjadi satu subjek seni kreatif, menjadikan ianya sebati dalam kehidupan kita. Boleh disenaraikan juga beberapa cerita atau filem yang berkaitan dengan labu, antaranya:


faedah buah labu

  1. Si Luncai yang melarikan diri dari seorang Raja yang berjaya ditipunya, lalu dihikayatkan menjadi "Si Luncai terjun dengan Labu-labunya. "
  2. Dalam dongeng orang putih, Cinderella yang ingin berjumpa dengan putera raja, menaiki kenderaan yang dijampi dari buah LABU.
  3. Rocky Labu lakonan Md Zain, dalam suatu petandingan boxing berkata badan dia URAT DAWAI TULANG BESI, semuanya pasal berat dia lagi berat dari Joe Labi, lakonan P Ramlee.

Banyak lagi cerita pasal labu ini. Parti Haloween pun ada labu dicorakan mukanya jadi hantu, lepas tu dalam harry potter pun ada sebut pasal jus labu. Banyak lagi lah kalau nak cerita pasal labu dalam seni, filem, dan kisah dongeng.

Persoalan yang mungkin kita boleh timbulkan bila kita kita berfikir secara gila-gila.

  1. Kenapa Cinderella mesti naik kenderaan yang diperbuat dari LABU ?
  2. Kenapa Rocky LABU boleh dapat kekuatan Urat Dawai Tulang Besi ?

(Sambung baca lagi kalau nak tahu jawapan saya, takda betul atau takda salah.)

LABU DALAM AL-QURAN ?

Tiada jawapan yang betul atau salah untuk cerita di atas. Tapi bila kita nak bercerita lagi tentang LABU, kita kena buka lagi sejarah buah labu, tentu sekali merujuk sejarah para nabi. Ingatkah kamu semua tentang Kisah Nabi Yunus A. S. yang ditelan ikan paus ? Allah merakamkan cerita ini dalam surah As-Saffat (37:139-148)

"37-139: Sesungguhnya Yunus adalah seorang antara para rasul. 
37-140: Tatkala dia lari ke kapal yang penuh muatan. 
37-141: Kemudian dia ikut mengundi, lalu dia termasuk orang yang dibuang. 
37-142: Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. 
37-143: Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak bertasbih (mengingat Allah). 
37-144: Nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kebangkitan. 
37-145: Kemudian Kami (Allah) lemparkan dia ke tanah yang tandus, sedang dia (dalam keadaan) sakit. 
37-146: Dan Kami (Allah) tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu. 
37-147: Dan Kami (Allah) utuskan dia kepada seratus ribu (orang) atau lebih. 
37-148: Lalu mereka beriman, maka Kami (Allah) berikan nikmat kepada mereka hingga waktu yang tertentu."

Baca ayat ke 146, beberapa terjemahan kepada istilah YAQTEEN ialah LABU (rujuk kepada ayat asal). Ini menjadi juga perdebatan beberapa sarjana islam, dan beberapa tafsiran. Dalam satu tafsiran, Nabi Yunus setelah keluar dari perut ikan paus, dia berasa sakit, seperti bayi yang baru lahir. Ada juga tafsiran berkata Nabi Yunus dikatakan seperti seekor itik yang belum tumbuh bulunya. Jadi nabi yunus diberi makan yaqteen dan juga didatangkan sebuah kambing hitam dan meminum susu kambing tersebut sehingga Nabi sihat.

LABU MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH ?

Dalam beberapa hadith juga, ada menyebut, Labu adalah buah yang menjadi amalan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya ialah

Telah menceritakan kepada kami [Al Qa'nabi] dari [Malik] dari [Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah] bahwa ia mendengar [Anas bin Malik] berkata, "Seorang penjahit mengundang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menghadiri makanan yang telah ia buat." Anas berkata, "Lalu aku pergi bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri makanan tersebut, kemudian makanan tersebut didekatkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berupa roti yang terbuat dari gandum serta kuah yang padanya terdapat labu dan dendeng." Anas berkata, "Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mencari-cari labu yang ada di nampan tersebut, maka semenjak itu aku suka makan labu." 

Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS". 

Dalam kitab Al-Ghailaaniyyat diceritakan: Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

MANFAAT BUAH LABU 

Semestinya, buah labu ini banyak khasiatnya. Antara yang menarik, bila kita google sahaja pasal LABU, banyak yang berkata banyak manfaatnya. Bolehlah dikatakan manfaat labu ini ialah.

  1. Baik untuk Kesihatan Prostat - Biji labu telah lama digunakan sebagai makanan semula jadi yang penting untuk kesihatan lelaki. Ini adalah sebahagiannya kerana kandungan zink yang tinggi, yang penting untuk kesihatan prostat.
  2. Baik Untuk Kesihatan Jantung - Biji labu mengandungi khasiat mineral magnesium, yang mempunyai pelbagai fungsi fisiologi penting termasuk mewujudkan ATP (adenosina trifosfat, molekul tenaga badan anda), sintesis RNA dan DNA, pengepaman jantung, tulang yang betul dan pembentukan gigi, mengelakkan saluran darah tersumbat, dan fungsi usus yang betul.
  3. Bagus Untuk Detox - Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus sekaligus membantu masalah pencernaan.
  4. Bagus Untuk Wanita - Minyak biji labu kaya dengan fitoestrogen semula jadi dan kajian menunjukkan ia boleh membawa kepada peningkatan yang ketara dalam baik “HDL” kolesterol bersama-sama dengan penurunan dalam tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan gejala menopause lain di kalangan wanita menopaus.
  5. Meningkatkan Imun Sistem - Biji labu adalah kaya dengan zink (satu auns mengandungi lebih daripada 2 mg mineral bermanfaat ini). Zink adalah penting untuk badan anda dalam pelbagai cara, termasuk sistem imun, pertumbuhan sel dan pembahagian sel, tidur, mood, deria anda seperti deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, fungsi insulin, dan fungsi seksual lelaki.
  6. Sumber Asid Lemak Omega-3 - Biji labu adalah salah satu sumber terbaik asid lemak omega 3 berasaskan tumbuhan (asid alfa-linolenik atau A LA).
  7. Anti Diabetes - Kajian haiwan menunjukkan bahawa biji labu boleh membantu memperbaiki keberkesanan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes dengan mengurangkan tekanan oksidatif kepada pesakit.
  8. Membantu memberikan ketenangan dan rehat - Biji labu adalah sumber yang kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino (blok binaan protein) dimana akan ditukar menjadi serotonin oleh badan kita. Ini seterusnya ditukarkan kepada melatonin, iaitu hormon tidur. Memakan biji labu beberapa jam sebelum tidur, bersama-sama dengan karbohidrat adalah seperti sekeping kecil buah-buahan, boleh menjadi sangat bermanfaat untuk menyediakan badan anda dengan tryptophan yang diperlukan untuk melatonin anda dan pengeluaran serotonin untuk membantu mempromosikan tidur yang lena. 
(sumber dari vitamin cerdik

PENEMUAN INTERFERON

Banyak lagi khasiat labu, yang kita baca, dalam blog orang putih, kajian demi kajian dibuat tentang buah labu ini. Tapi, seorang doktor dari jepun bernama Dr Yasuhiko Kojima telah menjumpai Interferon pada tahun 1954 . Interferon ni sangat penting untuk sistem imunisasi badan. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit. Boleh dikatakan suntikan Interferon itu sangat mahal, satu suntikan boleh cecah beribu ringgit.

40 Tahun kajian, setelah meneliti beribu-ribu herba semula jadi dalam dunia, akhirnya Dr Kojima berjaya mencipta satu interferon semula jadi. Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Maknanya, sumber Interferon terpenting itu datang dari sebiji LABU. 

Produk itu dinamakan NutriFeron dicipta khas untuk Shaklee Corporation pada 2004. Nak cerita kebaikan nutriferon nih memang sangat best,kami sekeluarga dah tak ambil panadol, tapi tukar kepada Nutriferon. Kalau nak dikaitkan dengan semua khasiat labu di atas, ianya adalah datang dari Interferon. Nak lebih best lagi, tengok gambar seorang pengidap kayap, muka yang teruk berparut, akhirnya kembali cantik setelah mengamalkan nutriferon. Itu belum kira lagi kisah anak demam, badan lemah-lemah , dan bermacam-macam testimoni lagi yang ada.

KESINAMBUNGAN LABU DAN KEHIDUPAN

Persoalan dan kajian tentang labu, interferon, dan istilah YAQTEEN ini akan diteruskan, selagi Alquran dan semangat cintakan ilmu itu ada. Adakah istilah YAQTEEN itu membawa satu maksud kepada "PERTAHANAN BADAN ?" . Ini semua terpulang kepada pengkaji semua. Tapi lepas nih, mungkin joe labu akan menggunakan nama pena "YUNUS YAQTIN " ? atau budak budak akan terus panggil dengan gelaran UNCLE MUTU.

Oh ye, lupa nak bagi jawapan untuk persoalan di atas. Jawapan mudah yang boleh korang jawab tentu sekali

  1. Cinderellah duduk dalam LABU supaya dia kelihatan cantik dan imun badan dia kuat sebab kat istana ramai orang yang datang.
  2. Rocky Labu mungkin juga mendapat badan yang kuat, kerana mungkin suka makan LABU yang ada khasiat INTERFERON .

Comments

Popular Posts