Hati Solar : Tenaga Keimanan ?

Sebut lagi dalam surah yang menceritakan tentang cahaya, Allah menurunkan nur , Al-Quran, dalam surah an nisa , surah ke 4 ayat 174, dalam direct terjemahan dalam bahasa inggeris seperti di bawah.

"O mankind, there has come to you a conclusive proof from your Lord, and We have sent down to you a clear light."


jiwa keimanan

Pernah tak korang belajar tentang FOTOSINTESIS ? ye, nama pun dah ada perkataan photo, yang memang merujuk kepada cahaya. TEnaga sumber makanan tumbuhan itu perlukan cahaya matahari yang sebenar, bukannya cahaya yang dibuat manusia, sebab itu tidak akan berlaku fotosintesis pada waktu malam, walaupun pokok itu disinari lampu ciptaan manusia.

Dari ilham fotosintesis terjadinya satu bentuk tenaga percuma, iaitu tenaga SOLAR !!! tenaga solar yang percuma, perlukan masa dan bukanlah sumber tenaga yang banyak, tapi dengan teknologi sekarang, ianya boleh diubah menjadi kuasa elektrik, terima kasih kepada teknologi INVERTER. Pasal inverter ni korang kena tengok cerita 3 Idiots, orang yang hebat, pasti dia boleh cipta INVERTER. Nak pulak bidang tenaga. Ini belum cerita lagi isu ekonomi dunia, yang dipengaruhi minyak, boleh diselesaikan dengan tenaga solar yang Allah bagi PERCUMA

Refleksi balik kepada tenaga MATAHARI, Tenaga IMAN kita perlukan SOLAR HATI yang betul betul berfungsi, menukar nur al-quran menjadi TENAGA KEIMANAN. Alquran itu ialah sumber tenaga, SOLAR dan INVERTER itu di HATI KITA.

kalau sumber nur cahaya itu ciptaan manusia tanpa berpaksikan nur quran, jawabnya tenaga yang dihasilkan mungkin berbahaya, atau tak sekuat tenaga dari quran. Samalah seperti proses fotosintesis tadi.

Comments

Popular Posts