DNA SALES VS DNA MARKETING ?

korang rasa, korang ni jenis DNA yang mana ? korang dah baca belum status Pn Ainon Mohd.yang terbaru pasal DNA business nih ? Saya terbaca dan terkomen status Farah Wahida, jadi jawapan saya, memang takde pun DNA CEO ke, DNA Akauntan ke, memang takde. 


dna marketing

Tapi korang terlupa ke, bila cerita bab DNA nih, kalau nak dikaji sejarah sejarah masa lalu, DNA tok moyang kita tuh dah ada DNA PEDAGANG, confirm mesti ada DNA SALES dan DNA MARKETING. Kerajaan Melaka dulu adalah satu empayar yang besar, sampai negara luar kena belajar bahasa melayu, bukan macam sekarang kita kena speaking london pulak. Nak dijadikan lebih best, banyak fakta yang kita tak tahu, melayu dulu dah ada meriam, dah pakai pistol, keris dan lembing tuh adat je. Tapi biasalah, aku pun kurang DNA RESEARCHER, jadi sebab tu tak banyak membaca, tak banyak mengkaji, tak banyak berfikir luar kotak pensil, sebab tuh sampai sekarang ni duduk rumah je main facebook.

Tapi setelah diselidiki, aku rasa aku ada DNA LAWAK, walaupun buat lawak orang tak gelak. Gambar yang aku amek ni dengan geng Faiezah Haron, masa ni kitorang satu team research DNA COMPUTING. Gambar ni tahun 2008, kena present research kat PWTC sana tuh. hahaha.

Jadi soalan aku pada korang, ada berapa banyak DNA yang ada dalam karangan aku ini ? sekian

Comments

Popular Posts