Cara Jual Charger Smartphone Laku Keras

Salam sejahtera dan selamat hari raya semua. hahaha, ini abg joe labu nak cerita sikit teknik laku keras nak jual smartphone. Teknik ni lagi power dari sifu FbAds, sifu blog, sifu marketing yang pernah korang belajar sebelum ini. Teknik ni memang susah nak buat. Kalau korang nak try jugak boleh, teknik marketing ni dipanggil Teknik HIJAU KUNING, macam bolasepak pulak .


produk laku keras 2016


1. Cari Port Baik

Mula-mula nak jual charger  nih, cara mudah dia  ialah korang kena naik kereta sendiri, bawak charger tuh, pergi port baik punya,  confirm ramai  orang, tapi jangan kantoi pulak kena tangkap dengan pihak berkuasa tempatan. hahahaa. Lepas tuh parking kereta korang kat situ, bokak bonet, tapi jangan hidupkan enjin. Lepas  tuh pakai earphone, buat buat macam busy gile. Takpun pasang earphone dengarlah ayat suci al-quran, takpun ceramah ustaz auni pasal dajjal.

2. Ambil Gambar Dengan Customer

Bila dah dapat jual tuh,  oklah, katalah customer dah dapat jual, korang jangan lupa amek gambar, minta sesiapa, tetiba ada pakcik tua melintas,  stopkan dia, lepas  tuh suruh dia amekkan gambar. Korang tunjuklah charger smartphone tuh, hahahah. Senyumlah sikit, buat tanda bagus  ke, ini semua dah biasa kan ? Jangan buka baju tunjuk perut pulak, sebab ni jual smartphone, bukan jual suplemen bina otot.

TEKNIK HIJAU KUNING

Tapi korang kalau ada kereta yang striking gile ni, macam model yang  ditunjukkan ni ialah BroFramestone, yang jadi pelakon customer ni Muiz Genji. hahah, otai berlakon beb.Kuning ni memang orang senang nampak. Lepas baju kaler hijau, muka kena jambu sikitleh. Hhahaha, ada harapan tuh. Tapi kalau korang rasa nak bawak kereta pink baju kelabu pun boleh, janji pakai baju. Oklah, itu saje tips nak jual charger smartphone. Nanti sambung pulak.

Comments

Popular Posts