BRO vs AWAK vs ENCIK vs HOI

Bila memanggil orang yang tak dikenali, confirm lah kita panggil dengan pelbagai bahasa. Hhahaha, penting tak panggilan nih ? aku rasa sangat penting. Awak awak ni zaman nak mengurat gadi jelita, encik pulak bila berjumpa dengan pegawai kerajaan, hoi pulak masa tegur orang tak bagi signal. Padahal orang tuh tak dengar pun kita panggil hoi. hoi ini memang kurang ajar skt, tapi ada hoi yang sedap macam lagi p ramlee, hoi hoi ya hoi


brotherhood persaudaraan

BRO ni kenapa pulak best ? Bro ni adalah singkatan dari perkataan Brothers, dalam bahasa melayu kita panggil Abang, bahasa tamil kita panggil Macha, dan dalam bahasa Zimbabwe kita panggil apa tah, (rujuk kamus dewan zimbabwe ). Nak tengok pengaruh BRO ni banyak, antara yang aku ingat tentu sekali

1. BRO ni masa dakwah pun kita panggil brothers, dalam ceramah zakir naik pun dia panggil brothers, walaupun orang tuh bukan islam

2. YO BRO geng geng melepak semua panggil whatsap bro, pe khabar bro, supervisor phd aku pun panggil BRO jugak.

3. BRO ialah singkatan kepada Blogger Retis Official, pengasas dia ialah Syukri Mohammad Nor atau nama dia Bro Framestone aka Bro Rangka Batu. 

4. Dalam filem hindustan, Hello Brothers ialah lakonan Salman Khan dan adik dia sendiri Arbaaz khan, lagu candikidal jugak sedap, sebab salman khan sendiri yang nyanyi.

5. Dalam filem Adnan Sempit, bro ni tukar jadi Der, lepas tuh member aku semua panggil der, der,

Banyak lagilah nak cakap pasal bro nih, tapi kenapa kita suka panggil Bro ? Mungkinlah, sebab kita nak tegur dia, kita rasa sifat kasih sayang tuh, jadi kita panggil dia bro, macam adik beradik kita sendiri. Nampak ganaz, nampak macam kurang ajar, tapi bro ni stylo, tapi brotherhood, persaudaraan. siraturahim , memang lagi power. Kiranya kita tegur dia "Bro, tak boleh buat benda nih " seolah-olah, kita tegur adik beradik kita, secara tak langsung kita sayang dia macam adik beradik kita sendiri. (ok ayat ni ulang dua kali)

Jadi, lepas ni korang nak guna perkataan BRO tak ? ataupun panggil MACHA ? hahahaha !!!!

Comments

Popular Posts