Travel Ke Jepun - Destinasi Impian

Maishima Incineration Plant , Osaka, Japan, Alhamdulillah, bila ditanya mana tempat yang aku nak pergi, tentu sekali aku nak pergi tempat pemprosesan sampah di JEPUN. Dalam banyak tempat percutian, rasanya di Jepun je, ada satu tempat di mana mereka pergi ke tempat pemprosesan sampah. Banyak cerita aku baca tentang tempat macam ni di jepun. 


jepun bersih

Pertama kali aku baca pasal tempat macam ini ialah semasa membaca dan menghayati lukisan Kartunis Petai dalam majalah Ujang. Cerita dia pergi tempat macam ni memberi satu gambaran, jepun ni bukan sekadar hebat dalam bidang teknologi, bidang awek cun, bidang lagu, tapi dalam dunia, semua orang tahu jepun paling hebat dalam bidang PERSAMPAHAN. Cerita persampahan ni pun membawa aku mengingat kembali kepada siaran radio kelolaan din beramboi dan roslan bandaraya. 

Baca lagi status FB yang hebat, kanak-kanak di jepun di ajar menghormati orang kutip sampah di jepun, dengan gaji di sana memang tinggi. Tengok youtube pun, kanak-kanak memang dah diajar untuk jaga kebersihan, diterangkan tentang pengurusan sampah sejak kecil lagi. Jadi aku google salah satu tempat yang best, aku jumpa tempat di bawah nih, gambar ini memang aku compile dari google. 

Tengok tempat ini macam korang pergi disneyland, tapi bukan, tapi itulah tempat pengurusan sampah paling cantik , superbersih, dan boleh di lawati. Satu hari nanti, disember 2018, doakan aku ke sana dengan family aku.


Comments

Popular Posts