Moreh Puisi Dinihari ke - 10

Hari jumaat , mama di jemput buat kali ke-3, diraikan di moreh puisi dinihari ke-10, anjuran dan ilham Datok Dr Ibrahim Ghaffar yang bersemangat waja kemelayuan untuk meraikan semua pejuang seni saster yang berjaya mencapai satu pencapaian . Kali ini mama diraikan kerana berjaya mendapat Anugerah Sasterawan Negara ke -13. Alhamdulillah, kali ini di raikan dengan 4 orang lain, termasuklah Tan Sri Johan Jaafar.


ibrahim ghaffar


Bertempat di Sanggar Damai Abadi, Kampung Bukit Kapar, kediaman Ibrahim Ghaffar,  program ini dijalankan start dari buka puasa. Yang datang adalah budak-budak Uitm dan Unisel. Memang meriah gile bebudak ni, siap perform sekali, budak budak filem dan animasi. Nak best lepas berbuka, solat maghrib dan solat isyak termasuk lah tarawikh.

Program itu start dengan penuh adat melayu jawa, siap dengan muzik tradisi, hahaha, siap dengan ada silat, penuh tradisi dan adat kemelayuan. Paling best program ni, 5 orang yang diraikan itu kena makan pulut semangat, ok first time semangat weih, hahaha. Oklah, yang ni sangat best. Hadiah ini diraikan oleh Sasterawan Negara ke-12, Baha Zain. 

Oklah malam itu memang puisi sampai lebam. Kitorang balik awal, hahah, nampak dah tak larat. Memang anak-anak semua tertidur, dalam rumah. Program ini terus sampai ke sahur, hooo, hebat, mungkin aku dah biasa tidur awal. Oklah, jadi tahun depan, dan tahun tahun mendatang, ada lagi. Itu saja cerita , yang aku tahu.

Comments

Popular Posts