Makanan Western Sedap TTDI Kuala Lumpur

Sempena nak ramadhan, eh lepas ramadhan pun boleh, kalau korang rasa nak balik rumah, tak sempat, nak tunggu jalan jem kerja area KL, apa kata  korang singgahlah KulCats Barrio, TTDI , Kuala Lumpur, ini baik punya western, hahha, gambar kat bawah ni paling cool sebab abam Didos nak perkenalkan korang , resepi western khas untuk korang. Baik punya sedap !!!


ttdi kuala lumpur


Kulcats ni semua budak melayu punya, dan cerita diorang buat kedai ni panjang lebar, tuh aku dengar sendiri dari pekerja diorang, dan memang best tempat nih, kalau nak booking pun boleh rasanya, hahaha. Kat sini korang layan lagu-lagu amerika, sambil tuh, kalau rajin singgah kejap kedai merchandise diorang kat sebelah tuh je. Area dia memang terpencil sikit, tapi tak rugi korang pergi, layan western kat sini memang terbaik. Lagi gambar macam biasa, korang boleh tengok facebook aku Joe Labu, hahaha. 


western sedap area ttdi kuala lumpur


Khas untuk berbuka puasa, KulCats ajak korang sume tukar selera sikit, kalau bosan nak berbuka masakan murtabak, kuih muih, ayam percik, apa kata pekena western , ajak orang kawan kawan korang, satu malaysia layan makan kat sini. Aku, pun tak sempat nak listkan senarai resepi, tapi jangan risau abam abam macho kat sana boleh suggest resepi terbaik untuk korang. Memang bersih dan cantik tempat dia. Staff semua friendly, hahahah. Ok, kalau rasa best tempat nih, korang boleh try pergi, ajak makwe, pakwe, pak sedara atau upline MLM korang atau boss korang, ataupun pekerja korang.


KULCATS BARRIO. 
35, Lorong Rahim Kajai 13, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Comments

Popular Posts