Kisah Nora Danish, Penjaja dan Penyewa Shopping Mall yang Sepi

Semalam lepas  aku balik dari review buffet ramadhan Space U8, aku kena berjalan, dalam shopping mall yang gelap, malap, sehingga aircond surau pun ditutup, mungkin sebab nak jimat. Dalam keadaan yang  kekenyangan, terlihat pula peniaga yang makan  dengan isteri dan anaknya, seolah bermimpi menunggu orang datang, dalam keadaan gelap gelita. Tak habis dengan itu aku cerita dengan wife  kisah penjaja  yang tak boleh berniaga, dan pagi ini aku terbaca cerita Nora  Danish tutup kedai kat bangsar sebab sewa mahal.  




Siapa  Yang Salah ?

Hari jumaat, jumaat pertama ramadhan  tahun nih, banyak sangat cerita yang keluar kat news feed, antaranya cerita kat atas tadilah, semuanya  jadi persoalan dan mungkin jugak aku beremosi bila membaca semua cerita-cerita ini, bila melihat sendiri apa yang aku nampak depan mata. Kenapa jadi macam ini ?

  1. Nora Danish kata sewa mahal ,adakah betul-betul mahal ? sebab aku rasa bagi aku Nora Danish artis yang top kat Malaysia, duit  banyak lagi dia ada pakwa orang kaya ?
  2. Mungkin juga modal dia kecil, dia pun mungkin kata modal dia setakat ini saje, duit dia mungkin banyak dari jangkaan aku, mungkin dia dah bajet siap-siap ?
  3. Nora Danish yang glamour pun tak cukup untuk membuatkan ramai datang kedai dia, ke dia dah tak glamer, atau dia tak pandai guna kehebatan dia ?
  4. Mungkin sebab sewa mahal ini, penjaja lebih selesa menjaja di jalan-jalan liku yang  ramai orang lalu di  situ ?
  5. Ada yang menjaja terus, tanpa menghiraukan siapa yang datang janji duit cepat masuk dan cepat kaya ?
  6. Memang nak cari rezeki lebih , menjaja jalan paling  mudah, dan itu memang kelebihan mereka menjaja ?
  7. Penjaja jadi marah, mengamuk, sentimen itu ini, bila gerai dirobohkan, tapi keadaannya tiada lesen menjaja ?
  8. Sampai aku  melihat video-video, ditafsirkan sebagai suatu kekejaman katanya tak bagi melayu berniaga ?
  9. Tapi bila disuruh minta lesen, dapat tempat berniaga sewa murah, kesian pulak orang tak datang kawasan tuh ?
  10. Memang cabaran tempat berniaga, mula-mula best, jadi perbualan, akhirnya shopping mall jadi sunyi sepi ?
  11. Adakah salah AEON Mall Shah Alam hebat  sangat  sampai Space U8 sunyi sepi mati tanpa meninggalkan belang ?
  12. Atau sebenarnya kita tak pandai marketing, atau tak cukup marketing ?
  13. Adakah kita malas belajar marketing  sebab lambat sangat  nak kaya  dan dapat untung ?
  14. Kita rasa cikgu marketing kat luar ini semuanya mahal-mahal dan tahu nak rembat duit orang ?
  15. Atau kita malas nak buat Multi Level Marketing sebab semua orang kaki nak rembat  duit  orang sampai bankrap ?
Macam-macam persoalan yang boleh dibuat, sampai korang rasa semua benda dalam dunia ini perlu dipersoalkan. Aku rasa macam takkan ada solusi. Apa yang korang rasa ? Apa yang sebenarnya  yang terjadi ? Fikir-fikirlah.

Comments

  1. Dia tak buat feasibility study sebelum invest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke, macam mana awak tahu ? awak kawan baik dia ke ? hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular Posts