4 Jari Bukan Bermaksud Kahwin 4 Macam Salleh Yaacob

Semalam masa aku bermain share, mengenang memori  lama National Conference 2014, yang gilang gemilang, aku tershare gambar abam Munzir Rahim yang buat jari 4, hahaha, itu semua kerja gile kami ASB. Kalau takda jari tuh tak sah bukan ASB. Geng Aku Sayang Bini, adalah satu entiti yang bernaung dibawah group shaklee Ireach, Wak Zainul dan Akacan Lyna Noh. Tapi Firdaus Macarona, tanya kenapa dengan 4  jari nih. Hahahha, takpe nanti aku cerita kaw kaw punya.


poligami kahwin 4


Sejarah 4 Jari Aku Sayang Bini (ASB)

Bunyi ASB ni, nama group ni pun diilhamkan oleh wak, mungkin duit dia  dalam ASB banyak, oh mungkin sebab aku sayang bini tuh senang. Hahhaha, tapi ada benda yang lebih best lagi. Masa kami dulu lepak kat Jamuan Teh Jutawan, aku tak sengaja buat 4 Jari, bajet powerlah. Dan semuanya ikut, dan simbol tuh terus melekat sampai sekarang. Jangan tak tahu, Master Azmi Kassim dan Master Lizal siap dapat gambar frame 4 jarituh masa Master Celebration diorang. 4 jari tuh, dikatakan oleh Master  Fahmy Suhaimi,  adalah sifat wajib bagi Rasul. Hahhaha. Kalau bab kahwin 4 tuh, yang tu  kena tanya Salleh Yaacob lah, tak pun Haji Roslan.


4 Jari Ialah Surah An-Nisa, Surah Ke-4 Dalam Al-Quran

Kefahaman tentang  hala tuju dalam ASB diperkuatkan lagi, 4 jari tuh maksudnya ialah surah An-Nisa, surah ke-4 dalam Al-Quran. Surah tentang perempuan. Dan memang ternyata lagi tugas kami sebagai suami, kenalah sayang bini, kena guide bini buat shaklee, kena jadi pemimpin kepada wanita. Itu sebab kami buat  4 jari. Nombor 4 ni banyak simboliknya selain dari kahwin 4. hahaha.


Menjadi SID Pro Seperti dalam Surah An-Nahl, Surah Ke- 16 Dalam Al-Quran

Nak lagi best, 4x4 =16, hahaha nak tahu kenapa 16 ? sebab surah ke-16 dalam quran mempunyai  banyak tips, boleh dihuraikan, kat situ kalau korang nak jadi  SID pro,  yang hebat, leader yang mantop, bacalah ikutlah kekuatan Lebah, nak tahu apa yang korang boleh belajar dari lebah, korang boleh baca entry aku sebelum ni. Kita boleh belajar dari lebah untuk menjadi manusia yang cemerlang.


Al-Quran x Sunnah = Berkat/Berjaya Dunia Akhirat

ASB itu sendiri ada maksudnya, ASB  tuh  ialah  kalau nak hidup Berjaya dunia akhirat, kena ikut formula ASB, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Hhahaha, ini memang semua orang kena pakai formula ASB. Jadi setiap member Ireach, oklah semua umat islam pun, Rasulullah pesan pegang  2 benda nih, supaya korang tak sesat.


Masa Depan Group ASB

Korang rasa group ASB ni, macam-macam benda kami dah buat, selain dari video lakonan para  suami yang mantap, kitorang ada satu program dipanggil Kembara ASB, dah dua tahun buat, tahun ni belum lagi. Tapi nak cakapnya, geng suami dalam shaklee sangat sangat penting. Ada benda yang wife kami tak nampak, kami nampak, melengkapi antara satu sama lain, itulah ASB !!! Oklah, saksikan video geng ASB, Rahsia 50k, hahahha , inspirasi dari kisah benar dalam Ireach. Oh ye, tertinggal, sekarang ni ASB tetap ada dalam IreachFIT, Muzakarah Ireach, dan macam-macam lagilah, hahahha.


Comments

Post a Comment

Popular Posts