Pemilihan Pemain Bola Sepak : Kena Pakai Duit Banyak Ke ?

Semua orang duk tanya aku, eh bukan, dok cari mungkinlah nak cari tempat nak jadi pemain bola sepak negeri ke apa ke, eh, nak kembangkan bakat ke. Ok, ini sebenarnya nak cerita pasal duit, Eh nak pilih pemain bola sepak kena pakai duit banyak ke ? Hmm tak jugak, sebab bak kata Johan Cruff, duit tak pernah menjaringkan gol, duit banyak pun tak guna kalau tak labur betul betul.


belanja kecil team epl


Benda ini semuanya terjadi bila aku buka newsfeed facebook, tengok team cap musang the Foxes secara sah ditabalkan selaku Juara Premier League, liga perdana Inggeris, sekali lagi memanjangkan impian peminat Liverpool yang  menantikan trofi premier league yang baru nih. Leicester City ni sebenarnya pasukan yang guna bajet rendah, direndah-rendahkan kemampuan mereka. Tapi tah macam mana, diorang power sepanjang musim, dengan tektik mudah simple, dan akhirnya manu chelsea arsenal semuanya tersungkur.

Apa yang buat  diorang ni power ? tahlah, katanya pakai bomoh siam. Hoo, tidak sekali. Ini semua mungkin kepala otak Claudio Raneiri, dulu dia join Chelsea, dengan duit banyak, boleh pilih player bintang bintang hitam, tapi gagal ke separuh akhir dan gagal menang EPL. Tapi bila dia berkelana tukar pasukan sana sini, masuk Leicester City, akhirnya nasib dia baik, dia dapat jugak julang trofi EPL.

Bolehlah aku katakan kat sini, pilih pemain bola sepak, bukan sebab dia power pun, team ni banyaknnya nye  pun adalah player buangan , macam tak  da harapan. Tapi satu manager pandai, aku pun tak tahu apa yang dia jampi. Nampaklah diorang sangat bermain dalam satu pasukan. Itu lagi penting weih, jangan pulak jadi macam Zainal Selangor, asyik salahkan individu, tu masalahnya.

Jadi sejarah membuktikan, pemain kena bermain secara satu pasukan, management kena pilih pemain sedia jadi satu pasukan, tak perlu duit besar pun , janji perform. Hahha, kesian lah kat player EPL , ada yang bayar mahal macam Falcao, last last makan gaji buta  sebab injured memanjang. Jadi bila nak pilih pemain, tengoklah atitude mereka pada pasukan, bukan semata mata skill individu berlagak star macam safiq rahim, hahaha.

Comments

Popular Posts