Patin Tempoyak Sedap Area Ampang

Salam sejahtera, kalau korang nak rasa Patin masak tempoyak paling sedap, korang pergi kat area bawah ini, betul-betul jalan sepanjang Zoo Negara. Patin tempoyak ini memang best, lagi-lagi korang time lunch, tak tahu nak makan apa, nak cari kelainan, nak suasana kampung ala tepi sungai pahang, korang kena terjah Istana Bambu kat bawah ini, sambil ada promo set untuk makan tengah hari.


gulai patin area ampang


Kalau korang datang sini, korang mesti rasa PAIS, hahah, ini resepi yang kat atas tuh, dibalut dengan daun , di masak campur sekali tempoyak dan dibakar, hahaha, ini adalah resepi inovatif, lain dari patin biasa. Patin ini lagi special sebab ambil dari Jerantut , bukan dari Temerloh. Tapi abang MC kata, kalau nak power pun, ambil kat Lipis , tempat Datok Siti. Buat yang tak makan ikan itu, jangan risau, ada daging salai dan juga ayam kampung. Ataupun korang boleh layan makan asam pedas kembung, buat yang tak tahan sangat makan ikan sungai. Kalau korang rasa tak suka tempoyak, tapi kena layan PAIS ini, memang sedap rasa pedas tempoyak di adun bersama ikan patin, woooo, rugi tak cuba weih. Yang aku taruk ini sikit je gambar, nak banyak gambar, kena tengok album facebook aku kat sini. Ok, jom datang datang sini, sebab nak buat apa apa majlis, nak buat buffet ramadan dan macam-macam lagi.






Comments

Post a Comment

Popular Posts