Hang Pi Mana ? Khalifah Muliakan PAK GUARD Dalam Lagu

Weih Hang Pi Mana ? tahlah , kita pun tak tahu nak pi mana. Selalu aku dengar dialog tuh, yang biasa dok utara tahulah dialog tuh. Hahaha, tapi dalam masyarakat kita, biasalah kita dengar, "alah dia tu tak kemana " Hahhaha, lagi banyak isu, tapi bila aku dengar lagu Khalifah yang hit sekarang nih, baru aku faham lagu ni pasai  apa. Ada beberapa  sebab lagu ni sangat bermakna dalam sejarah lagu lagu yang ada dalam Malaysia nih, termasuk yang tengah hit kat radio/


hang pi mana



  1. Mula-mula aku dengar, hooo apa merapu nih, hahah, macam biasa Khalifah, tak boleh lari dari metal melayu, pattern metal, yang aku dah dengar sejak zaman yabang dengan Jinbara. Oklah, lagu nih, aku rasa memang rock, standardlah, ini lagu Khalifah. Lagu-lagu Cikgu Ayu, Ni Hao Ma dan macam-macam lagi.
  2. Tapi aku start kenal Khalifah masa tuh kawan aku siap beli CD Khalifah tuh, pergh, memang dasyat album tuh, suara yabang pun tak boleh lari dulu kini dan selamanya macam tuh, memang aura diorang.
  3. Start dengar betul betul, dua tiga kali dengar, ye, ini lagu yang patut keluar radio, dikala, banyak lagu cinta, jiwang, enjoy, lagu Khalifah yang ni memang betul-betul bawak mesej, tentang masalah anak muda sekarang.
  4. Macam-macam isu sekarang, ada yang pilih kerja, ada yang tak suka kerja, salahkan orang tuh bawak Bangla,Myanmar , dan macam-macam lagi.
  5. Khalifah angkat kerjaya JAGA, gaji rendah, tapi sangat sangat penting, mana hangpa semua pi, kalau takda jaga, tak selamat tempat tuh,
  6. Ada yang aku tengok JAGA area rumah aku pun tertidur tidur, tapi itulah kerja Mulia, yang ramai orang tak sanggup nak buat, ye memang, sukar nak buat.
  7. Dalam keseronokan hiburan cintan cintun, Khalifah menghiburkan jiwa dan hati aku, ye , kita kena kerja, orang tanya kita "Hang Pi Mana ?" jawablah "Kita p Kerja, Bukan Buat Dosa !!!". Tahniah dah syabas kumpulan Khalifah !!!

Apapun dalam banyak lagu kat Malaysia, banyak lagi lagu yang sentuh isu masyarakat, lagi lagi tentang jiwa anak muda nih. Tahu tak ? Hahahha, takpa yang tuh next entry, nanti aku listkan senarai lagu lagu yang best untuk korang dengar dan hayati. bersama. Apapun, layan dulu lagu Khalifah kat bawah nih,


Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah

Hang pi mana

Comments

  1. alaaa sama lahhh lagu kebenda ntah la memula dengar tu.. sebab hang pi mana.. macam nak pelecey orang kedah jer tauuu.. hahahha tp siap bibit ayat ada maksud nya kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, layan dikir barat metal, sambil enjoy menikmati setiap mesej yang disampaikan

      Delete

Post a Comment

Popular Posts