DUBOOK MENGGANAS di Pesta Buku MAEPS Serdang 2016 ?

Cerita semalam ialah sehari selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKenL) 2016, semuanya banyak cerita manis dan tak berapa manis , buat penganjur, buat penulis, dan juga buat pengunjung. Dari awal acara ini, sampailah pasca PABKL, tak habis habis orang komen, dan cerita paling dasyat yang aku follow kat facebook ialah tentu sekali ialah kelantangan DUBOOK, yang diketuai Mutalib Othman dan rakan-rakan penulis dubook yang abang mut kata terdiri dari pelbagai latarbelakang dan ideologi.




Aku baru bangun awal, sebab belajar tidur awal, buka fb  kata abg Mut keluar lagi kenyataan untuk dubook, kali ini ayat  dia bunyi macam tak berapa best je. Hhahaah, mana taknya, sepanjang kempen kat PABKL 2016 nih, memang aku sendiri rasa, dubook memang radikal bebas yang tak peduli kata orang, sehingga datang pulak antibodi antibodi dari pelbagai pihak, termasuklah dari KDN sendiri terpaksa menghalang virus dubook dari terus meliar. hahahhaha.

Antara yang paling gila tahun ini, tentu sekali keberanian bebudak dubook nak bagi Volkswagen POLO, hahahha, yang penganjur dan penerbit buku lain pun tak berani bagi, sampai memang ada kereta replika, dengan perkataan DUBOOK 666, dan banyak lagi keganasan yang dilakukan diorang, buat orang tak berhenti-henti datang ke booth diorang.

Banyak jugak isu , sampai berperang  kat dalam facebook, antaranya tentu sekali pasal kaunter BSN, isu tempat, perang nak kembalikan PABKL ke PWTC, dan bukannya di MAEPS. Hhahaha, ini memang ganas. Isu tempat nih je, buat penganjur tentu bengang sekali dengan serangan beberapa penerbit indie, dan termasuk jugak keratan akhbar dari Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhwan.

Tak cukup tuh lagi, paling dasyat tentu sekali ialah serangan KDN, pasal isu buku berunsur lucah, hahhahah, tak pasal-pasal, serangan demi serangan kena kat DUBOOK, masa ini aku memang baca pendapat Fdaus Ahmad pasal buku dubook dan juga cerpen dalam teks komsas, yang katanya lagi lucah , hahhaha. Tak pasal-pasal pulak ada dubook islamik, zuhud dan tawaduk, buat ramai orang lagi datang kat booth diorang nih, termasuk aku, last last aku dapat amek gambor dengan fdaus je, abg mut sibuk pasang strategi, jalan sana sini. hahahha.

Nak  cakap lagi pun, sampai sekarang nih, isu PABKL 2016 takkan selesai, termasuk terkini aku baca status abg mut  kat fb pasal dubook nih, Penulisan dubook, dan juga geng penerbitan indie yang lain, telah membuka banyak ruang pemikiran yang lain, yang sebelum ni aku sendiri tak berapa nampak, sebab mungkin asyik baca buku budak budak baik. Orang lain tak berani tulis, tapi bebudak dubook nih mampu  melakukannya. memang HEBAT, Kalau nak dianalogikan dengan kata kata Lim Tiong Kim, DUBOOK ada TELUR, yang lain takde telur, hahahha.

Comments

Post a Comment

Popular Posts