Tips Supaya Bertenaga Main Bowling

Salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca-pembaca diluar sana ? Apa khabar Pakcik Lee ? Apa Khabar Ben ? Aku tanya apa khabar semua. Hhahaha, nak diceritakan sebenarnya ada  beberapa rahsia nak tere main bowling, supaya korang semua  ada hikmat dan teknik yang betul supaya korang dapat main bowling dengan power sekali, boleh kata tips aku nih, belum confirm strike, tapi ada tenagalah.


rahsia bowling power

Cerita yang sebenarnya  ialah aku dan bini join strikes againts bowling tournament yang diadakan jumaat lepas, kat ampang superbowl, tapi peliknya, ampang bowling ni kat bangi, kenapa bukan kat ampang ? tu yang musykil tuh. Oklah takpa. Janji korang semua muke gembira sebab baling bowling dengan best. So aku nak senaraikan tips untuk korang bertenaga masa main bowling. Supaya korang tak bosan.


  1. Korang kena makan - hahaha, makanan berkhasiat sangat penting, mungkin korang boleh gunakan kalori yang banyak dengan makan nasi, atau makan nasi lemak, tapi nak jadi atlet kena jaga makan, makanlah makanan yang berkhasiat ok ? Tapi layan jugak nasi lemak, sebab nak pakai tenaga  untuk disalurkan kepada tangan yang nak mengangkat bola bowling tuh.
  2. Makan Kalsium - bila bab tulang urat, ni aku sarankan minum kalsium lebih sikit supaya korang tak kena sakit  urat, sakit tulang belakang  atau tulang apendiks korang tuh. Kalsium ni sangat bagus, supaya korang kuat bertenaga bila nak baling bola bowling tuh, sambil korang boleh berdiri lama, dan boleh selfie sambil gelakkan member yang baling masuk longkang.
  3. Gelak Ketawa - sebab korang kena kurangkan stress, jadi enjoylah permainan bowling ni dengan kengkawan, sambil gelak, sambil jerit hooo bila kawan strike, lepas tuh buat saspen bola macam nak strike, tapi rupanya dia masuk longkang, jadi jangan stress stress  bila main bowling, ini bukan pertandingan nak lawan Zulmazran .
  4. Makan Biskut K.Rogers - inilah sebab muka semua happy, bayangkan sambil main, sambil tuh korang layan makan biskut K. Rogers. bukan kenny rogers, lain tuh bunyi dia. Bila korang makan biskut ini, korang akan terasa enaknya , dan ada tenaga sikit untuk menjerit keseronokan dan bahan kengkawan yang asyik baling masuk longkang.

biskut best


PERINGATAN : Tips yang aku bagi ini bukan untuk power main bowling sampai asyik strike je. NI baru tips nak bertenaga, kalau nak power main bowling boleh spin bola kaw kaw punye, yang tu korang boleh belajar dengan Shalin Zulkifli, bukan belajar dengan Zulkifli Nordin ok ? Hmmmm. Kalau korang nak layan lagi gambar best, korang tengok kat album nih, aku tengok gambar ni Ben Ashaari macam nak berenang pun ada, hahaha.

Comments

Popular Posts