Teater Atas Pokok Kritik Kapitalisme ?

Hari ahad lepas, kitorang dengan bangganya nak layan teater atas pokok. Sebab tengok pada hari sabtu, teater ini sangatlah best. Mana tak bestnya, semua lakonan, semua set tuh adalah atas pokok betul, bukan pokok kelapa, atau pokok pisang, tapi pokok angsana rasanya. Bawak budak budak ni tengok teater, parking susah, last last tengok 30 minit, je, budak budak dah mengantuk sangat, jadi kami balik awal.


atas pokok

Nak diceritakan pasal teater nih, arahan Dins Man, yang aku dengar ialah dia  cakap pasal kapitalis, habis tanah warisan tergadai, oleh pemimpin pemimpin yang memang ada port sikit dalam projek, habislah teruk kena. Paling ketara sekali, tentu sekali dengar perkataan Pantai Dalam. 

Boleh pulak, ada satu scene, orang thai datang melawat kampung warisan, hooo, semuanya kata orang Thai ni bangga  dengan adat tarian dia, bawak satu dunia, ini memang kritik orang melayu yang sangat tak hargai budaya ketimuran melayu sejati asli berseri. 

Tapi bab  nyanyian, stunt, dengan alatan stunt memang takut woo, sebab dari segi keselamatan, semua orang tak tahu, tempoh hayat pokok tersebut, buat nak tetiba patah , habis diorang, tapi aku tengok banyak jugak safety yang diorang dah buat, hahhaha. Oklah, nak berlakon, mesti panjat pokok, sambil berdialog, memang power.

Paling bangga, ianya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, pementasan teater pertama yang betul betul buat atas pokok. Hhaha, biasanya layan kat istana budaya pun, bukan atas pokok, bawah bumbung. 

Tapi dalam kehidupan kita, kita  selalu tengok teater atas pokok nih, yang dilakonkan oleh para beruk dan monyet dan orang utan, tapi kali ini,  kita boleh faham sebab manusia  yang dok atas pokok tuh. Tapi persoalannya, adakah kita akan duduk atas pokok jugak satu hari nanti ? Memang semua tanah akan dirogol kapitalis, kalau kita tak nak usaha dan malas kerja.

Comments

Popular Posts