Kenapa Perempuan Susah Nak Jadi Sasterawan Negara ?

Salam sejahtera semua. Baru-baru ni baru je selesai pergi majlis Anugerah Sastera Negara 2016. Satu tahun bermakna buat mak saya, Dato Dr. Zurinah Hassan, kerana berjaya merangkul Anugerah Sastera Negara yang ke-13, membawa gelaran Sasterawan Negara. Hoo, memang power bunyi nih, nak kata sukarnya nak dapat anugerah nih, memang sukar sebab sejak kecil lagi aku dah join mak aku pergi event sastera seni , dan akhirnya hari selasa lepas, majlis gilang gemilang diadakan untuk meraikan mak aku. tahniah Mama.


sasterawan negara


Cerita Perjalanan Sasterawan Negara ke-13


  1. Nak diceritakan tuh sangat panjang, tapi bayangkan pada umur 66 tahun, baru dapat gelaran, dan mama mula menulis pada umur 12 tahun, fuuh,, lama woo nak tunggu. Kalau setakat tulis harini esok dapat award, memang sangat tak lojik leh.
  2. Tapi nak dijadikan cerita, memang  mama dulu sukar, orang dulu dulu biasalah, perempuan ini segalanya  mesti perfect, duk dapur pandai masak. Tapi bukan mama, yang rajin baca buku dan melihat tumbuh-tumbuhan, sampai pernah dengar  orang kata mama gila. 
  3. Tapi  itulah, bila dengar siaran radio, mama terus minat  dengan bait  bait  pantun, dan cuba menulis dan hantar ke radio. 
  4. Dulu punya  hantar memang susah, hahaha, nak hantar pakai pos, bukannya dekat pejabat pos, lepas tuh, sampai kat editor pun dalam seminggu jugak, lepas tuh editor reply balik, pergh lama woo, tapi kiranya, masa tuh karya mama berjaya  jugaklah keluar kat radio.
  5. Masa sekolah menengah, Sultan Abdul Halim (agung sekarang) pernah melawat sekolah mama, lepastuh dia terbaca sajak mama tuh, dia puji sedap. Diorang pun bergurau nanti mesti Sultan nak bagi hadiah, dan gurauan tuh sangat betul.
  6. Bakat menulis tuh diteruskan, sampai di USM, dengan buku yang pertama, lepas tuh terus menulis dan menulis, masa tuh  memanglah, orang kata sastera ini orang lelaki punya sajak lagi hebat, tapi ada satu masa tuh, perempuan menang lagi banyak hadiah, jadi time tu mama buktikan perempuan pun boleh apa menulis.
  7. Nak diceritakan sampai mama sambung master di UPM, lepas tuh phd di UM, dan dapat macam-macam gelaran dan pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, sampai lah dapat darjah kebesaran dari Sultan kedah yang membawa gelaran Dato'.
  8. Boleh dikatakan, mama bukanlah penulis terawal dikalangan wanita, tapi masa tuh, Adibah Amin atau nama glamer  nye cikgu bedah, dah start menulis, lagi power.
  9. Saingan terdekat mama untuk dapat Anugerah Sastera Negara ialah Fatimah Busu. Pernah baca pasal Fatimah Busu ini memang lagi versetaile, macam mmacam dia buat, sampai boleh jadi pengarah drama dan sebagainya.
  10. Jadi nak diceritakan, pemilihan sangat sengit, dan akhirnya mama diumumkan pemenang Anugerah Sastera Negara ke-13 , pada 13 Oktober 2015, pada harijadi abah ke 66. Nombor 13 memang nombor bertuah abah dan mama. dah jodoh.
  11. Bolehlah dikatakan kat sini, Anugerah ini merangkumi penulisan bahasa melayu, pemikiran dan sumbangan kepada masyarakat. Memang sukar weih kalau disebut pasal pemikiran, sebab biasalah lumrah perempuan, penuh emosi dan perasaan, kurang rasional berbanding lelaki yang suka rasional dan sukar menampakkan geram.
  12. Jadi nak pilih perempuan berdasakan pemikiran memang sukar, biasalah, bab pemikiran ini, lelaki lagi rasional berbanding perempuan. Perempuan pulak, biasanya lepas kahwin, memang jarang aktif dan sebagainya, jadi berhenti ditengah-tengah jalan.
  13. Itu je  kot yang aku faham, ye memang, sudut pemikiran dalam karya sastera, dan sumbangan, selain dari karya karya bermutu tinggi, memang susah nak pilih calon Sasterawan Negara. Mama pun tunggu lama , dan akhirnya dapat juga. 

perempuan tulis sajak


Sasterawan Negara ke 31 ?

Mana tahu, sebab Zulaikha dah sama nama macam Zurinah. Budak kat bawah ini pun, sebab selalu sangat ikut nenek dia pergi event, dia dah mula memahami seni, dah mula pandai melihat perasaan dan jiwa dalam persembahan. Yang dia paling tahu, ialah sajak Kuali Hitam neneknya. Memang, legasi tuh akan berterusan, keluarga seni, keluarga sasterawan negara !!!

Comments

Popular Posts