Betul Ke Susah Nak Minta Tolong ZAKAT ?

Salam sejahtera semua, hari ini nak bincang sikit pasal isu zakat ini. Banyak isu zakat, ada yang kata zakat susah nak minta, borang panjang berjela, lepas tuh pulak dengan beberapa isu birokrasi, rasuah dalaman, dan duit zakat tak terguna, dan macam-macam lagi. Ada yang kata kita bayar sendiri zakat, dan sebagainya. Hoo, macam ini nih ? Pendapat aku tak sehebat korang yang lebih ilmuwan alquran dan sunnah.


susah nak bagi zakat

Cerita Masa Hari Penghargaan Lembaga Zakat Selangor

Ceritanya  kami ditakdirkan untuk dapat jemputan majlis meraikan pembayar zakat yang menyumbang, eh salah, yang membayar Zakat pendapatan kepada LZS. Hooo, gile woo, ko bayangkan, banyak jugak company besar kat situ, antranya MKLAND dan PETRONAS. Tapi kat atas ni ialah gambar seorang pakcik, yang berjaya dapat anugerah khas, sebab berjaya usahakan ladang cendawan, dan berjaya raih pendapat bersih RM 3000 sebulan, hasil didikan dan bantuan LZS.Hoo best tak ? oklah jom berbalik kepada point asal, betul ke susah nak dapat bantuan Zakat ? Dari perbualan kami dengan pegawai LZS, dapat aku huraikan pendapat aku macam ini:

  1. Secara rambang ye, memang sukar nak mohon bantuan Zakat. Kalau kita baca balik sejarah Nabi Muhammad, susah nak bagi zakat, itu pun Nabi Muhammad tolong mamat tuh dari segi perkerjaan, bukan tolong bagi duit macam tuh je. Nak diceritakan lagi, nak minta tolong tuh, kena tanya orang tuh ada harta lagi tak yang boleh dijual. Hoo sampai macam tuh sekali. Cerita tuh korang boleh baca kat sini
  2. Dari Sirah Nabi dan beberapa kajian dan golongan asnaf nih, LZS pun kena ambil masa, check latar belakang pemohon zakat tersebut, dia ni ada keluarga ke, ada adik beradik ke, atau dia ni hisap dadah ke, jadi LZS kena betul betul selidik dulu. Sebab tak mahu ada kes, dah minta tolong LZS, tapi malas kerja, dan ada yang dapat duit zakat, tapi beli handphone baru. Ohh macam tu pun ada.
  3. Kalau ada kes kat facebook orang minta derma, suruh je dia pergi minta tolong kat LZS, aku yakin kalau kena dengan gayanya, LZS mesti tolong. Sebab banyak je kes LZS bagi bantuan dari tak bagi langsung. Jadi bagus jugak nak elak penipuan, dari kita sendiri nak selidik latar belakang orang tuh, why not minta je pusat zakat yang selidik latar belakang orang yang nak minta tolong. Banyak kes dah kan korang dengar ada yang tipu kat facebook.
  4. Kita sebagai pembayar, sebaiknya, dah boleh lepas tanggung jawab, kita pun kena saling mempercayai apa yang dibuat oleh pusat zakat negeri masing-masing. Mereka pun kerja sana, lagi susah, mereka nak agihkan zakat yang kita bayar, diorang taknalah rugi tolong orang yang susah.
  5. Memang ada yang kita nih, nak bayar sendiri kat asnaf, kita tengok sekali, eh susahlah orang tuh, tapi kena ingat, kena betul betul selidik, adakah diorang tuh betul-betul layak ke tak. Salah bagi kang payah pulak kita kena tipu.
  6. Kita sebagai pembayar zakat pendapatan, walaupun sikit, tapi kita boleh tengok, duit kita kemana, LZS pun telus nak keluarkan report, mana duit diorang dah laburkan, berapa banyak program bantu asnaf, dan ada asnaf yang jadi jutawan dengan bantuan zakat, korang nampak tak ?
  7. Zakat memang pembangunan ekonomi UMMAH, duit zakat yang korang bayar, akan menggandakan lagi jumlahnya, kalau zakat tuh digunakan dengan menjana business asnaf yang betul-betul nak berniaga. Bayangkan asnaf tuh untung banyak, tentu dia pun dah tak perlu bantuan, lepas tuh pulak dia pulak bayar Zakat, lagi banyak dari kita pulak. Kan power tuh ?

Itu jelah pendapat aku pasala institusi ZAKAT. Tapi ramai masih nak pakai konvesional riba, nak pakai loan, dan macam-macam lagilah. Kalau korang tak yakin dengan pusat zakat, korang pun betul jugak, sebab korang dah study betul-betul. Tapi kita mungkin boleh bagi feedback kepada pusat zakat, supaya proses permohonan lebih mudah dan cepat dan berkesan. 

Comments

Popular Posts