Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik Anak

Semalam, eh, beberapa hari yang lepas, sebelum kemerdekaan, gua telah menemankan isteri gua untuk melihat koleksi fashion yang cantik, oh, kawan cikgu nurul punya kedai rupanya, oh ok, ini best, oklah, tangkap gambar punya pasal, layan jelah. Memang terbaik masa perasmian tuh, tapi ada lebih dasyat lagi, iaitu kemunculan Heliza Helmi, umhh umh, ok, tapi itu tak penting sangat. hahaha



heliza pergi gaza


Bagaimana Orang Palestine Mendidik Anak Mereka

Inilah point yang paling best masa perasmian butik Nelyz Couture, selain dari makan sedap, nasi lemak bungkus yang super sedap, dan kesedapan air oren dan air anggur, ada benda yang membuatkan aku insaf, selain itu aku rasa bersemangat pun ada. Walaupun masih single (single ke) dan cunz comel cute, tapi kata-kata dia yang berselang seli lawak jenaka, membuatkan kami para tetamu , bloggers tegar , terdiam dan menghayati 3 point menarik yang sempat aku ingat.

  1. Orang Palestine sangat kuat, hati mereka sangat teguh, semuanya bercita-cita nak berjihad, walaupun dalam video korang tengok diorang sengsara sangat, muka kena tendang, luka peperangan, tapi orang Malaysia yang pergi sana pulak kena SEKOLAH balik dengan orang Palestine. Bajet bajet dengan keayuan Heliza Helmi nak bagi motivasi, tapi last last orang Malaysia kena balik, menangis, sebab semangat orang Palestine sangat kuat, menghadapi dugaan yang Allah turunkan kepada mereka.
  2. Bajet orang Malaysia nak mati syahid, tapi bila kereta kebal Israel datang, orang malaysia yang kecut perut, lari sembunyikan diri, tapi orang Palestine rilek je, memang berani, last-last , disaat rasa semua akan mati, bom orang Israel tak meletup, dan Heliza selamat sampai Malaysia dengan aman dan muka masih cunz. Tapi paling penting, Heliza selamat dan sampaikan cerita penting ini kepada kami. Ajal memang tepat pada waktunya, walaupun rasanya diri macam nak mati.
  3. Paling penting ialah tips mendidik anak, anak kita di sini berebut nak jadi Jurutera, Doktor, anak palestine nak jadi Mujahidin, Khalifah. Dari kecil, ibunya selalu datang ke Masjid, dengar khutbah Solat Jumaat, dan suara Imam itu menusuk hati anak-anak palestine. Sebab itu diorang walaupun ibu bapa diorang dah takda, diorang tetap semangat nak ke sekolah, walaupun tahu dah darurat dan sebagainya, mereka tetap nak ke sekolah, sebab tahu ILMUlah yang akan membawa mereka ke SYURGA Allah. 


Butik Baju Terbaik di Kota Damansara

Memang aku larikan sikit topik ini, sebab wife aku pun dah cover pasal fashion, koleksi terbaik dari puan Ellyna Ali, so tahniah sekali lagi kepada Elly, koleksi yang cantik, dan teruskan sukses dalam bidang anda, semoga rezeki dapat dikongsi bersama orang-orang yang memerlukan. Tahniah sekali lagi dari saya en Faiz Saaid, (bajet boleh dapat baju free,hahahha). Nak tengok banyak pun kat facebook aku ye, type je, nama Faiz Saaid, adalah tuh, macam-macam gambar ada.




butik baju kota damansara



Terima Kasih Heliza Helmi

Hooo, apapun, terbaik, aku sempat cakap dengan Heliza Helmi, tips dia ni buatkan kami semangat, lagi lagi kami ni business nak tolong orang, nak kena didik anak jagaan kami, sangat sangat berguna tips di atas, dan paling power ialah en Abam Akmal Azmi sebab sudi amek gambar gua dengan Heliza Helmi ni, perasan masa kat Akademi Fantasia 5 je, hahaha, oklah ni jumpa betul, dia pun sangat peramah, hahahhaha, last sekali, paling power, ialah gambar kacak gua dengan dia, ok yang ni tak masuk point penting , saje suka suka



blogger minat heliza helmi




Comments

  1. Santai dan terbaik entrinya...eh meleleh tak air liur mu dengar penjelasan cerita GAZA dari Ija ? sampai boleh karang sebijik sejibik apa yang dia kongsikan haha..apa gambar mu shoot memang terbaek, penembak yg propesonale hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meleleh tgk air anggur sedap woo, memang best ija ckp, jadi perrlu diabadikan dlm blog huhuhu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts