Restoran Yang Ajar Korang Pasal Business ?

OKlah, semua orang tahu, aku dan wife biasanya akan pergi jalan-jalan sarapan, oklah, itu ceritanya. Tapi biasanya bila kitorang pergi ke seksyen 23, sebab nak singgah AEON big, kitorang sebenarnya jarang singgah sini. Jadi sebab nak jadi otai kawasan sarapan shah alam, akhirnya, aku singgah jugak kat sini, memang terbaik, hahaha, sebab tak ramai orang, lepak sikit




Sambal Ikan Bilis Petai

Rupanya aku tengok hoo ada nasi lemak, sambal ikan bilis petai, aku tengok macam sedap, sekali aku ambil kaw kaw punya, hahaha, dia kira hanya RM 3.00 je, emmang best, sebab sambal ikan bilis dan petai, tambah dengan telur mata, pergh nasi boleh ambil sendiri mengikut kategori perut masing-masing ini memang sedap sambil boleh mengantukkan mata. Hahha apa lagi makan jangan tak makan, siang makan, malam makan, badan akan menjadi sihat !!!!



Pesanan Penaja Yang Memang Cool

Tapi ada satu benda yang aku rasa semua orang patut baca, dan fahami dan hayati benda ini, ianya memang kena kat batang hidung aku dan wife yang memang berniaga, bunyinya sungguh best, sebab tauke kedai tu tulis sendiri, Rezeki Ada di Mana-Mana, hahaha, betul tu, aku terfikir, sebab rezeki ada di mana-mana, jadi kita tak boleh duduk diam, tak boleh statik, mesti bergerak dan pergi cari, sebab pepatah bukan kata rezeki ada di depan komputer. hahaha



Tauke Kedai Ajar Beli Mesin

Hahhaha, sebelum nak belah tuh, sempat berbual dengan tauke kedai yang budiman, memang klasik gila kedai dia, sebab dia selalu pasang radio klasik nasional. Hahhaha, tapi bestnya dia sempat bagi tips macm mana nak beli mesin resit yang murah dan lagi senang. Oh, terima kasih makcik, semoga sukses selalu

Comments

Popular Posts