Nasi Lemak Toast Box Mid Valley Untuk Orang Barat Sahaja ?

Memang tak boleh belah gua punya ayat di atas, itu saje je nak bikin gempak. Tapi sebab dah dekat mid vallley mega mall, memang ramai ke situ, dekat dengan north point punya pintu, ada banyak tempat sarapan, tetiba anak gua nak layan nasi lemak, sebelum nak tunggu orang bagi baucer buku free kat ainul mustafa, hooo yes, layan


nasi lemak teh tarik



nasi lemak bungkus


mid valley mega mall


Sebenarnya memang style jugaklah, ko tengok order here, memang dah style barat, layan diri, tapi ok, aku tengok design kedai ni ala ala english putih, sambil layan teh tarik dalam cawan yang sangat esklusif. Oklah, dengan harga , memang standard pasar raya yang besar, tak bolehlah nak lawan, sebungkus tuh pun dah rasa 3 ringgit lebih. Hhahahha.

Tapi aku rasa, presentation ni sangat bagus, kalau rasa nak buat restoran yang bagus, pentingkanlah style, walaupun aku rasa nasi lemak tuh, biasa jugak. Hhaha, kekadang ada kedai nasi lemak gerai, yang ko nampak kotor, tapi memang sedap gile, ada jugak nasi lemak style ala barat nih, tempat dia cantik. Ada pulak memang tempat dia serabai, tak sedap pulak.

Oklah, kalau korang rasa nak sarapan kat mid valley, mungkin kat sini pun layan, kalau rasa nak jumpa prospek business telefon, shaklee atau macam-macam lagi nak bincang business, kat sini sangat cunz.

Comments

  1. Cantik presentationnya walau nasi lemak nampak simple

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasik lemak. nyams :)

    ReplyDelete
  3. nasi lemak..favourite ku!.huhuhuh..branding penting kot klau kt shopping mall cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dan jangan lupa branding diri kita dalam blog kita juga, hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular Posts