Nasi Lemak Ceria Shah Alam Kurang Sedap ?

Dulu pun sebenarnya ceria ni adalah clone kepada restoran gembira. Mula-mula masa aku kecik, aku lebih prefer nasi lemak gembira. Tapi ada satu masa, abang aku kata nasi lemak ceria pun best, jadi aku cubalah try tengok. hahha, memang sebiji dia buat. Tapi itulah, makin lama, harga makin mahal, tambah pula dengan GST, tapi yang hebatnya, memang ramai gila makan kat situ pagi-pagi, ada roti canai lagi dan cakoi, layan siut.




Apapun, biasanya kalau lepak sini, aku mesti terjumpa abang din sado, hahaha, biasalah tuh, sini aku jumpa staff shaklee jugak yang kerja kat sunway , tapi, memang betul, kalau rasa nak sarapan nasi lemak, inilah tempatnya. Walaupun dah tak sesedap nasi lemak gembira yang dulu masa aku darjah satu, tapi oklah, rasanya dah pedas sikit, nasi dia pun nampak macam lembik sikit, tapi bolehlah layan, simpan resit kalau tak puas hati pasal GST, hahahaha. Oklah lepas ni, kena serbu nasi lemak gembira pulak, adakah masih sedap macam dulu ? hahaha, tepuk dada tanya perut. Ok bye !!!


Comments

Popular Posts