Nasi Lemak Ali Corner Seksyen 20 Shah Alam

Alhamdulillah, pagi tadi sempat membedal nasi lemak yang sedap, dulu rasanya kakak ni bertapak di restoran darul ehsan shah alam, seksyen 9, tapi lepas je search internet, memang ada rupanya kat seksyen 20, kat ali corner, dekat dengan KPJ shah alam. Pergh ini sudah mantop, hahaha, dengan pening kepala, terus je layan datang sini, apa lagi, makan jom









Wife kata sedap sebab nasi lemak paru dia sangat lembut, gua suka nasi dia, dan sambal dia agak lembut sikit, tapi nampak macam kedekut ikan bilis, so kena cari kedai yang bagi ikan bilis banyak sikit. Tapi restoran ini air dia boleh tahan, ramai datang walaupun kena gst, kan Ahmad Maslan dah cakap, memang tak effect pun, orang terpaksa makan, kalau tak lapar woo nak buat kerja. Jadi, apa tunggu lagi, kalau korang nak lepak seksyen 20 pagi-pagi, kenalah singgah ali corner nih, layan memang layan. Siap kaunter depan dia duduk dalam bilik kaca, takut kena ngurat dengan aku kot, hahaha. Oklah bye bye, selamat menjamu selera.



Comments

Popular Posts