Nasi Lemak Al-Ali Bistro Kesukaan Awek MSU Shah Alam ?

Pagi pagi lagi punya cerita, sebelum lepak dekat Les Copaque, sempat dulu membedal nasi lemak kat Al-Ali Bistro, Seksyen 13 Shah Alam. Memang rasanya memang ramai para awek , mungkin dari MSU suka makan di sini. Memang port baik, dari siang sampai tengah malam, semua orang lepak sini , hahaha, memang terbaik dan mantop.







Nasi lemak dia macam biasa, mamak style, rasa macam biasalah jugak lain sikit dari nasi lemak ceria atau nasi lemak melayu yang lain. Janji anda kena order teh tarik, makan jangan tak makan. Nasib baik gua tak minta telur goyang, hahaha, mesti lagi sedap punya. tapi sini makan bagus, order semua masuk dalam kad, lepas tuh, bagi je kad tuh, tauke proses order. Kalau nak best, cubalah datang malam, dulu bebudak ASB suka lepak kat sini, tapi mungkin sekarang ni ramai kena gari, atau pun ramai update blog, semuanya rajin-rajin belaka. hahhaa. Oklah, tapi apa yang tak bestnya, sini sukar juga nak cari parking, lagi-lagi kena bayar parking kat awek MBSA. Adui, jawabnya korang kena beli tiket kupon parking yang satu buku harganya bernila RM6.40, oklah, kalau ada duit banyak macam orang tuh, beli je, hehhee. Oklah, layan je, nanti nak sarapan sini, ajaklah aku, ok , bye !!!

Comments

Popular Posts