Business Coaching Paling Santai ?

Biasa dengar business coaching paling santai ? Ada yang kata lepak kat kedai mamak, ada yang kata buat picnic dan macam-macam lagilah. Hahha, sebenarnya benda ini dah lama dah. tapi nak cerita pun hari ini, sebab masa hari ahad tu je dapat main benda nih. hahah, board game ni dipanggil MASTERIA, hahha, board game pertama dalam dunia yang menonjolkan business MLM.





Kenapa Nak Buat Board GAME ?

mula mula aku pun pening kepala, haha, sebab bagusnya buatlah sesuatu yang mantap sikit, buat teknik jualan sales dan sebagainya. Oklah, board game ini sebenarnya adalah hasil dari pengalaman seorang Master Coordinator shaklee, pengalaman 5 tahun itu terus dicurahkan ke dalam satu board game, hahaha, memang bijak. Oklah, memang mantop. korang search je, banyak video otai-otai shaklee dah try game ini, memang power.

Bila Waktu Sesuai Nak Main Game ni ?

hahhaah, bagi akulah, nak main game ini masa korang berjumpa santai-santai, masa nak makan-makan, oklah, masa hari raya haritu, diorang nak bawak keluar main Masteria, oklah, aku pun setuju, apa kata kita main seround, hahaha, tengok dalam video di bawah, inilah masa sesuai nak main, ko pegang anak ko, takpun lawan dengan budak-budak. Memang habis juara bertahan MASTERIA, saudara Mijie kalah teruk dengan Ayu, sebab dah termasuk ZON Selesa, hahaha. So sambil layan lemang, layan nasi impit, minum air performance, memang style kalau dapat main game ini, ini pun sebab pegang anak, kalau tak dah layan dua tiga round.




Tapi nak bagi peringatan juga, game ini ada waktu yang tak berapa nak sesuai. Bila time coaching yang serius, sila serius, tak sesuai nak main game macam ini. hahaha, apapun, time main, korang main, tapi memang game dibuat untuk perbanyakkan lagi style coaching yang berbeza. hahaha, apapun time serius, kena serius, time santai kena santai, hahaha.

Orang Buat MLM lain boleh beli tak ?

Hhahaha, sangat sangat digalakkan, sebab aku rasa ini board game yang penting, buat anak -anak remaja yang nak kenal dunia MLM, yang betul, bukan jenis haram jadah punya. So, sangat sesuai untuk beli game ini. Kalau saidina dan monopoly adalah pengenalan kepada dunia hartanah, so MASTERIA ialah pintu kepada dunia Multi Level Marketing.

Comments

Popular Posts