Apakah Hubungan Itik dengan Helang ?

Salam seajhtera semua. Apa khabar ? dah lama tak bersiaran dalam blog nih, hahaha. Oklah sudah tiba masanya untuk gua melaporkan beberapa berita sensasi, tapi bukan berita pasal kebakaran menara PDRM, dan juga bukan pasal bekas TPM, tapi cerita pasal sekumpulan manusia yang belajar tentang hubungan itik dengan helang




Bebudak ireach tak beraya ke ?

Dalam kesibukan beraya, macam-macam hari raya, rumah terbuka, ofis terbuka, jalan terbuka, baju terbuka, kes terbuka, bebudak ireach yang diketuai oleh kak lyna noh dan abam zainul anuar telah bikin satu kelas best di Sri Rampai Shaklee. Hhahaa, inilah kelas yang selepas habis je closing maut pada bulan july, mereka terus bersemangat nak datang kelas, sebab orang kedua shaklee Mr Kelmen Ooi akan menurunkan ilmu turun menurun beliau. Memang segak dan kacak, pada pagi itu, semuanya bersemangat waja. Aku macam biasa jadi driver, bawak isteri, ketua kumpulan rama-rama dan ketua kumpulan shaklee masjid tanah.



Budak-budak pun suka pegang camera ?

Dalam masa yang sama, budak-budak anak anak leader shaklee telah membuat onar di depan kaunter shaklee, diorang ingat macam playground sahaja, habis satu shaklee kena selongkar, dengan suara bising, hahaha, tapi dalam masa yang sama, ada juga yang berbakat, suka pulak diorang ambil gambar , habis rosak camera, hahaha, ok rilek sudah, camera ok je, takda yang rosak pun.



Fahmy Shuhaimi ini hensem ke ?

Nampaknya lelaki kacak abam pengerusi ASB, encik Fahmy, nak cuba lawan, siapa yang paling hensem, hahaha dalam gambar tu kelihatan nampaknya ada banyak beza pendapat di situ, tapi semuanya cerita pasal nak berbusiness. Fahmy telah menjadi ayah mithali sekejap, sebab isterinya dah berpantang anak ketiga mereka, tahniah bro, tapi macam biasa, teruskan berpuasa selama 100 hari.


Pendedahan Rahsia Blogging Group Bonda Manis

Hahhaha, inilah kumpulan bonda manis, hahhaa, mereka telah berjaya mendapat banyak gile trafik masuk ke blog mereka. Hahha, memang dasyat, itulah strategi blogging alaf baru, jadi rahsia dia ialah kena senyum bila ambil gambar. Sebelum nak masuk sesi kedua bersama Mr Kelmen, jadinya, ambil gambar sangat penting untuk menyedari yang kita pergi kelas. Memang meriah sungguh shaklee Sri Rampai. Yang belakang tuh, berjambang dan berwajah bulat tu bukan team bonda manis, tapi dia abam munz, tauker harum manis, hahahaha,


Itik Jumpa Helang ?

Gambar di atas bukan cerita pasal itik dengan helang, itu gambar selepas cerita itik dan helang dah di habiskan cerita, hahaha, oklah, amacam semua, ambil gambar peace yooo. Hahahha, itulah, kalau lepas kelas jangan jadi macam itik. Itik jalan melenggang, nak belajar terbang macam helang, dah penat-penat jumpa helang, dah pandai terbang, lepas tu balik still jalan melenggang, tapi tak terbang. Samalah macam kita, pergi belajar kelas, dah pandai, last-last tak guna pun ilmu yang kita belajar tuh, ish ish, janganlah jadi macam itik. Oklah sekian sahaja laporan saya tentang aktiviti hari sabtu. Aktiviti hari ahad lebih kepada sesi makan-makan di ofis baru supermom.

Comments

  1. Bismillah,

    menarikh kisah itik dengan helang nie...:)

    ReplyDelete
  2. Kau bukan itik dan aku bukan helang hehe..Mr Kelmen ni memnag best la!

    ReplyDelete
  3. Bagaimanakah saya boleh terlepas tentang artikel ini?

    ReplyDelete
  4. Bagaimanakah saya boleh terlepas tentang artikel ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts