Sekolah Tahfiz Seronok ?

Dulu aku rasa , aku pernah melawat sekolah tahfiz, sempena program ramadhan, lepas tu pulak pergi lagi sekolah tahfiz bawah projek gegemasu, geng supermom dulu. Oklah, tapi ditanya kembali, best ke sekolah tahfiz ? Ada belajar berhiburke ? ada belajar sains ke ?


sekolah tahfiz


Belajar sekolah tahfiz ?

Memang, kat Malaysia, ada macam-macam sekolah, dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, dan sekarang ada sekolah integrasi, dan paling best ada yang belajar dekat mahad tahfiz. Dulu mungkin aku sendiri, rasa, bebudak yang belajar kat sekolah ini, ada yang bermasalah, mungkin aku banyak tengok tv, yang selalu tunjukkan imej yang sedih tentang sekolah pondok dan sebagainya , oh teruknya aku.

Makin dapat sambutan

Tapi itu dulu, sekarang ini, boleh dikatakan sekolah integrasi, sekolah tahfiz dah jadi pilihan mak bapak sekarang, yang ada duit lebih, hantar anak ke sini, itu kata kawan sekolah dulu yang dah jadi cikgu sekolah. Semua orang sedar, dengan masalah sosial yang makin teruk, pilihan utama ialah menitik beratkan Al-Quran dalam diri mereka, sekukuh dan sekuat yang mungkin untuk menghadapi cabaran di luar. Tapi sekarang pun dah bagusnya, pelajaran sekolah tahfiz dah ada belajar matematik , sains dan sebagainya.

Ramai orang kaya buka sekolah tahfiz

Memang ramai, boleh dikatakan siap sponsor bangunan dan sebagainya, itu belum lagi trend artis, personaliti hebat buka kedai. paling terbaru bila Amy Search pun buka sekolah tahfiz sendiri, dan dekat kedah pun Dr Rozmey ada mahad tahfiz sendiri. Hooo, itulah bestnya kalau jadi kaya, siapa lagi nak bantu kalau bukan agama kita sendiri.







Al-Quran sebagai sumber utama

Biasanya di malaysia, memang trend orang baca al-quran, mengaji, tilawah, sambil belajar tafsir dan bahasa arab. Semakin hari semakin banyak fakta sains moden, dibuktikan, ada di dalam al-quran, yang tak dapat diterangkan, dikaji pada zaman awal diturunkan al-quran. Harapan aku nak melihat, anak-anak sekolah tahfiz, adalah pelopor keilmuan semua bidang, tak kira agama, hukum, sains, geografi, kewangan, ekonomi satu hari nanti.

Comments

Popular Posts