Makan Pagi di Mamak Al-Ihsana U12 Shah Alam

Salam sejahtera semua, esok nak puasa dah, tapi takpa, jom kita layan dulu, cerita kedai mamak yang ada kat Shah Alam nih. orang kata shah alam dah boleh kata Darul MAMAK, banyak sangat kedai mamak yang ada sampai pening kepala mana satu nak makan nih, sana sini mamak, mamak, mamak.


Al-Ihsana Lawan Isa Maju

Kalau sapa rajin pergi U12, memang mesti akan nampak mamak Isa Maju, aku selalu makan kat situ, bawa anak, tapi sebenarnya, kat belakang pun ada satu kedai baik punya. Tak ramai orang, dan boleh lepak lepak, itulah mamak Al-Ihsana. Kalau rasa Isa Maju ramai orang, korang pergi belakang dia, ada kedai baik punya. 


Kerusi Boleh Baring Bak Tuan Puteri Badak Berendam

Hahahha, ini kerusi rasanya baru tahu ada kot. Padahal jarang pergi sini. Tapi anak aku tuh, memang suka kerusi macam ini, bagus untuk orang yang malas malasan, rasa nak baring je sebelum makan dan sebagainya. Jadi, oklah, ada anak malas rasa mengantuk, baringkannya.


Nasi Lemak BUNGKUS !!! Nyum Nyum

Tetiba masa round tuh, ternampak bungkusan nasi lemak yang menyelerakan, pergh sedap woo. Oklah, apa lagi terus berhenti depan kedai ini, lepas tu pekena nasi lemak dan teh tarik. Hooo, layan layan, tapi macam biasalah, yang ni tak boleh lawan dengan Nasi Lemak D Anjung yang aku cerita entry lepas. Hahhaa.  


Selamat Berpuasa !!!

Selamat berpuasa geng geng pembaca blog ku yang budiman lagi cantik dan kacak. Nak puasa nanti, korang carilah makanan yang Low GI nih, bagus kalau nak puasa, rasanya bolehlah tahan rasa kenyang. Biasa orang makan nasi ni takut cepat lapar, huhuhu.

Comments

Popular Posts