Lim Teong Kim Harapan Malaysia Dalam Bola Sepak ?

Semalam, semua orang dah tahu, Budak-budak muda malaysia dah belasah budak-budak eropah , sampai menang IBERCUP. HOoo, diorang ini tak sangka menang, sebab team Atletico Madrid yang menjadi pilihan pun bengan gile kalah dengan bebudak Malaysia. Semua orang tahu, ini semua kerja gila Lim Teong Kim. 


bolasepak malaysia


Apa Ramuan Rahsia Lim Teong Kim ?

Oklah, korang boleh tahu, Lim Teong Kim, pernah menjadi jurulatih bawah 19 tahun Bayern Munich, maksudnya, dia kena bentuk player utama Bayern Munich. Hooo, maksudnya, orang Asia, orang Malaysia yang penting. Semua orang tahu, dia yang bangunkan Thomas Mueller, yang menjadi nadi utama skuad Jerman dalam Piala Dunia 2014. Hooo, hebat tuh. Jadi  apa ramuan rahsia Lim Teong Kim, selain dari teknikal bola sepak yang betul.

NFPD Tanggung Jawab Berat Buat LTK ?

Khairy Jamaludin, yang tak suka sangat geng geng FArM, bawak balik LTK, offer terus mamat melaka ni, bangunkan balik bola sepak, buat dari akar umbi. Jadi nak tahu macam mana apa yang terjadi pada NFPD, korang boleh tengok video di bawah. Dengan Izin, menemuramah LTK, tentang NFPD, jadi memang kaw kaw jugak soalan dari en Rizal Hashim, tapi ada satu benda yang sangat penting yang ditekankan Lim Teong Kim.




Apa Yang Penting Dalam Bola Sepak ?

Ok, dah tengok video di atas ? Apa yang lagi penting, dari skill yang mantap. Jawapan LTK ialah Etika Kerja. Kerja KERAS. Dia cakap, kalau tak kerja keras, macam mana nak jadi seorang pemain bola sepak yang berjaya. Dia sendiri kecawa, katanya, pemain negara tak bersemangat semasa melawan Oman, kalah 0-6 dengan memalukan. Jadi, jawapannya mudah, ETIKA KERJA KERAS, kena faham, kena sentiasa belajar, MENTAL kena KUAT. Itu yang lebih penting kepada seorang pemain bola sepak yang bagus, selain dari skil dan populariti.

Apa Yang Akan Terjadi Nanti ?

Kejayaan Piala Iber ini baru sikit, banyak lagi nak kena buat. Lepas itu pulak, nak kena hadapi dengan FAM lagi. Jadi, kena faham, banyak pulak permintaan LTK. Memang pun, hehhe, sebab dia dah buktikan, teknik dia memang power, ada lesen power, boleh jadi coach di mana-mana kelab di dunia nih, hehehe. Bolehlah bayangkan, budak-budak ini boleh layak World Cup bawah 17 tahun, kalau dikekalkan prestasi baik ini.

Comments

Popular Posts