Kenapa Hero Kena Kalah Dulu ?

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Beberapa hari nak puasa, tentu ramai dah buat persediaan rapi menjelang ramadhan. Biasalah, ada yang nak beli barang dapur, barang keperluan, barang kesihatan dan tak juga barang baik punya. Hari ni nak sikit pendapat jelah ye, tak penting pun baca. Persoalan yang menarik, kalau tengok hindustan, pakistan, superman, batman, mesti ada plot hero kena buli, hahaha. Tahu tak sebab apa ?


hero kalah



ADA KE CERITA HERO MENANG JE ?

Hahhaha, dalam cerita super hero, ko tengoklah, mesti ada satu plot, hero mesti kena buli, kalah teruk, kalau cerita bersiri, mesti ada satu dua episod, hero hilang kuasa, macam cerita maskman atau flashman. Hahhaha, lepas tu apa terjadi, diorang bangkit, lepastu pulak ada suatu kuasa misteri, watak misteri, pergh tetiba muncul selamatkan keadaan, dan akhirnya hero menang. Hahhaha, plot macam tu memang best, barulah ada trill , kalau hero menang je dari mula sampai habis cerita, mesti tak laku movie tuh, betul tak ?

APA KAITAN DENGAN AKU PULAK ?

Memang takda kaitan pun. Tapi aku pesanlah kat anak buah shaklee aku jumaat lepas, si najihah dan suharmi. Dalam apa pun hidup, korang laluilah zaman kejatuhan, zaman stress, up and down dalam business. Semuanya tu Allah dah tentukan, dan bagusnya korang belajarlah dari kesilapan. Kalau tak sampai bila kita tak pandai-pandai. Bila dah berjaya, orang yang baca kisah korang tuh, mesti akan bangga, sebab yang dia nak belajar ialah cara untuk bangkit dari kegagalan. Kalau buat business nampak senang je, tu bukan business , tu memang rezeki.

MACAM MANA NAK RASAI KEJAYAAN TUH ?

Jawapan dia senang je, keluar dari Comfort Zone. Mungkin selama ini kita rasa sedap je badan, buat tu buat nih semuanya jadi. LEpas tuh, tetiba tak jadi, itu tak kena ini tak kena. Apa lagi kena buat nih ? Jawabnya, keluarlah dari zon selesa anda. Jom kita belajar benda baru, tukar sikit cara gaya penampilan dan sebagainya. Barulah rasa masa tuh peritnya, weih, hahaha. Tapi bila dah berjaya, orang baca buku kejayaan korang, barulah dia rasa seronok. 

SELAMAT BERUSAHA WAHAI WIRA-WIRA PUJAANKU

Selamat berusaha semua, apa jua bidang korang buat, korang ialah HERO ciptaan DUNIA korang sendiri. Nak menang atau kalah, itu memang pilihan korang. Hero akan terus mencuba, kegagalan ialah bila tak nak mencuba. Kemenangan itu Allah tentukan bila, usaha mahu mesti kuat, setimpal dengan apa yang korang hajatkan OK ?

Comments

  1. Terbaek entri ni.. kalau takde kisah jatuh bergolek, nangis air mata darah, rasa dunia dah nak berakhir.. tak best la cerita MasCel nanti.. ye tak? Hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts