Selesaikan Masalah Orang Lain Kalau Nak Kaya

Hahaha, nampak tak tajuk di atas ? Hooo, itulah tips nak kaya, dari dulu, sampai sekarang, kalau nak kaya, mesti selesaikan masalah orang lain. Hooo, macam mana tuh, adui. Senang jelah, orang penat jalan kaki, kita buat kenderaan, orang takda duit, kita offer pinjaman, dan macam-macam lagilah



problem solver


Cara Tulis BLOG ?

Banyak orang kata, kalau nak tulis blog, bagusnya ialah dengan tulislah penyelesaian. Solution tu ramai cari kat google, jarang diorang cari kat facebook. Facebook ini tempat itu layan video tah hapa hapa. Tadi je aku baru tengok video orang main dam haji, hahaha. Nampak tak ? Korang layan google, itu buat apa ? mesti nak cari solusi kan ?


Masalah ialah PELUANG ?

Orang kata masalah ini memang buat kita kekurangan masa. Sebab itu ada orang sebuat Masa LAH !!! Memang pun, tapi orang yang berfikiran positif dan tahan lasak macam lagu supermom tuh, masalah itulah peluang. Bila orang ada masalah, kita fikirlah solusi. Bak kata Irfan Khairi, kita fokus kepada penyelesaian masalah, barulah bagus. 


Jangan Meroyan

Biasalah, bila masalah datang, kekadang kita ni cepat meroyan, saya haritupun sempat meroyan jap kat facebook sebab kedai spek dekat Tesco sudah tipu sama saya. Itu shah alam juga punya kedai, kata technician lambat, poster sudah tipu. Tapi saya cool, dengan kos hanya 50 sen sahaja, masalah spek patah saya sudah hilang. Hahaha, nak tahu sila pm saya.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Comments

  1. betul sangat yang Tuan Faiz tulis ni....kalau nk kaya kena offer solution....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts