Kenapa Dengan DIN ?

Kenapa dengan DIN ? Banyak member aku belakang ada DIN, termasuklah Najamudin,Kamarudin, dan macam macam DIN lagi. Tapi apa spesel sangat pasal DIN ini. Hoo, DIN ini ada maksud dia, kalau korang nak berjaya buat sesuatu, korang kena buat DIN. Duplicate, Improvise, Novelty, hahhaa, oklah jom baca penerangan selanjutnya.




1. DUPLICATE

Duplicate tu maksudnya tiru bulat-bulat. Kalau nak berjaya, kita ikut, buat, dan tiru cara orang berjaya. Kalau kita nak belajar sesuatu, kita kena tiru orang yang berjaya buat teknik itu. Biasanya memang menjadi bila kita tiru, untuk jimat masa dan tenaga. Biasalah nak meniru pun kena faham juga. Kat sekolah kalau meniru kena denda. hehehe.

2. IMPROVISE

Biasalah bila dah berjaya buat, dah berjaya tiru, tentu korang rasa, ada benda yang tak kena dengan step yang ditiru tersebut. Ok, contoh saya nampak langkah ini ada masalah, design macam ini ada masalah, jadi apa nak buat ?

Improvise, cuba tukar sedikit, ataupun dengan kata lain IMPROVE, cuba improve mana yang patut, masa ini kita mula improvisasi, cuba mengubah sedikit demi sedikit teknik yang kita belajar. Tak semua benda yang kita tiru itu bagus, jadi kena tapis dan ubah sedikit teknik tersebut.

3. NOVELTY

Bila dah pandai tiru, dah pandai analisis masalah, dan tiba pada satu tahap ialah mencipta, Invention, sesuatu ciptaan NOVELTY, yang terbaru, dan lain dari yang lain. Inilah buatkan anda boleh berjaya. Janngan lupa pulak lepas dan berjaya buat benda baru, patentkan teknik tersebut. Boleh dikatakan tahap NOVELTY memang paling sukar sekali.


Di Mana Korang Boleh Jumpa DIN ?

Soalan ni macam mudah, kalau kawan korang nama DIN, tentu senang jumpa, Contoh macam Najamudin dan Kamarudin, diorang duduk subang bestari, jumpa kat WADUD. Tapi formula DIN ini pun korang boleh nampak sendiri dalam kehidupan korang.

  1. Pelajar PHD- siapa yang buat phd ini, tentu akan apply formula DIN. Duplicate untuk degree, improvise untuk master, dan tentu sekali novelty untuk tahap phd

  2. Kereta PROTON - proton nak berjaya, mereka follow formula DIN. Duplicate dengan mitsubishi, lepas itu improvise masa zaman wira, dan akhirnya berjaya buat WAJA, ciptaan novelty pertama semuanya dari Malaysia.

  3. Samsung - samsung pun antara yang berjaya apply formula DIN. Bermula dengan meniru touch screen apple, lepas tu improvise sedikit dengan letak pen, dan akhirnya, berjaya cipta Samsung GEAR. 

Saya ramai sudah apply formula DIN ini. Tentu sekali, kita pun pernah cuba teknik DIN ini. Hahha, tapi seronoknya, saya buat singkatan DIN, sebab namanya senang ingat, lagi lagi Nordin Ahmad, kajang pak malau kajang berlipat.

Comments

Post a Comment

Popular Posts