16 Days Photo Challenge | Day 1–Handwriting

Alhamdulillah, kali ini, kita masuk cabaran baru, selepas dah habis cabaran blogging 30 hari, kita masuk photo challeng pulak, yehaa. Kali ini penganjurnya ialah Herneenazir.com. Hooo, Nampaknya cabaran hari pertama ialah tentang tulisan, hoo, amacam tulisan saya, cunz tak ? 




Kenapa Derive Kalman Filter Cool ?

Hahhaah, kalau korang nak tahulah, aku dulu mengkaji benda Kalman Filter ini masa buat phd. Korang pun tahu, sebenarnya, kalau kita nak betul betul mengkaji, kita mesti ikut dari penerbitan, derivation rumus itu sendiri. Hoo, pening woo. Sebabnya, bila kita kata pasal derivation, sebenarnya ianya boleh datang dari pelbagai sudut dan falsafah itu sendiri. Kenapa aku kata pasal falsafah ?Hhahaha oklah, sebab phd tukan philosophy, hooo. Jadinya, jika pendapat dan falsafah kita berbeza, maka caranya tetap berbeza walaupun akhirnya rumusnya sama. hehhee. Kalau minat bab kalman filter ni, apa kata baca dua entry di bawah ini

  1. Pengenalan Kalman Filter
  2. Sambungan kepada pengenalan.

Betulke Tulisan Melambangkan Peribadi ?

Seronok baca pakar pakar psikologi cerita bab ini, contohlah aku ulas sendiri tulisan aku ni, aku sendiri cakap yang aku ni cool, macho, dan tak terurus, boleh ke  kata begitu ? Tapi memang pakar tulisan ini, mereka mengkaji mendalam, sampai boleh tahu orang tu jenis macam mana, hahaha, power tak ? Oklah, sampai sini sahaja cerita bab tulisan ini. 


Day 1 - Handwriting

Comments

Post a Comment

Popular Posts