16 Days Photo Challenge | Day 5 – The Sky

OKlah hari ini nak cerita sikit pasal lagu blues classic, the sky is crying. Hahhaha, tajuk dia memang pelik, tapi oklah, nak kasi kena dengan cabaran hari ini,the sky. Oklah, setiap pemuzik blues memang akan main lagu ini. Tapi apa yang best pasal lagu ini ye.




Lagu Wajib Blues ?

OKlah, siapa yang main slow blues, nak henjut maut punya, mesti kena main lagu ini. Lagu ini dah direkod lama dah, oleh pakcik Elmore James, yang bermain slide guitar dalam key C. Hoo, lepas tu macam-macam version keluar, dan paling ketara gua pernah dengar version Stevey Ray Vaughan. Tak lupa juga versi Garry More. Hooo, dua  gitarris ini pun dah selamat, dah lama meninggal. Tapi lagu ini boleh main, oleh setiap gitaris, sebab part goreng tu boleh jadi sampai 10 minit lamanya.

Pelbagai Versi

Kalau kat internet tu sebenarnya memang ada pelbagai versi, tapi yang ni aku share kat korang versi Elmore James, versi paling sempoi, tak panjang, dan gila kentaln slide guitar di situ, Hoo, kalau korang nak lebih rancak, type je kat youtube tu banyak je. Hahhaha, sekian terimakasih.








Day 5 - The Sky


Comments

Popular Posts