Subjek Kegemaran ?

Alhamdulillah, cabaran blogging dah masuk hari ke 21, sebelum tu, kita semua dah sibuk-menyibuk cerita cikgu masing-masing. Oklah tuh, tapi memang confirm, subjek kegemaran kita tuh sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cikgu kita juga. Tapi saya tak boleh nak kata subjek kegemaran, tapi obsesnya saya pada matematik sangat mengujakan.


matematik tambahan


Gila MATH ?

Memang telah di gelarkan oleh kawan kawan, memang aku agak obses dengan subjek matematik, tapi dulu memang buat tak ingat dunia punya, buat latihan dalam buku di atas, dan aku dah melompat jauh, baca sendiri, belajar sendiri, kiranya subjek form 5 pun aku dah bedal dulu , padahal masa tu baru je form 4, memang gila. Hahhaha, tak caya, tanyalah awek aku masa kat universiti, kegilaan math membawa masa pergi dating, tapi buku huraian rumus dah hilang ke mana tah, hahaha. Sampai sekarang dalam phd pun, masih pening kepala, tapi enjoy tengok setiap derivation yang ada.

Cerita Matematik Dalam BLOG ?

Walaupun aku sibuk buat business Shaklee ini, dalam blog ini juga ada beberapa topik yang aku ulas menggunakan bahasa  aku sendiri. Dari subjek statistik, kebarangkalian, dan paling menarik ialah cerita tentang Kalman Filter. Bila aku banyak membaca, aku faham konsep filter itu sendiri, dan sebenarnya kita pernah buat benda tu masa belajar fizik masa form 4. Oklah, takpa, yang ni kalau korang nak baca, bolehlah baca artikel kalman filter tuh.

Mereka FORMULA Sendiri ?

Tahap paling gaban sekali dalam matematik ialah mereka formula sendiri, macam-macam lah aku buat fomurla tu suka hati aku je buat. Tapi yang paling best ialah aku ada huraikan formula graviti newton kepada satu formula penarikan yang boleh diaplikasi kepada business, percintaan ataupun dakwah. Hahhaha, confirm masa bebudak tuh tak faham, takpa nanti aku buat ebook pasal tuh. Oklah, sekian sahaja untuk subjek kegemaran saya.

Comments

  1. Hooo ni mesti score A1 SPM dulu ni..betul tak?

    ReplyDelete
  2. wahhh bagus giler minat math...samelah kite... saya ada buat giveaway souvenirs dari Paris...jemputlah join yer..

    jindrisska.blogspot.com

    salam perkenalan dari Germany... :D

    ReplyDelete
  3. Looking for the Best Dating Site? Create an account to find your perfect match.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts