16 Days Photo Challenge | Day 13 – Dinner

Alhamdulillah, semalam saya nak buat entry ini, kena tangguh sikit, sebab nak tahu apa yang kami makan time dinner. Tak sangka pulak, semalam Dr Harris Shah, pakar psikologi datang rumah MKB untuk sesi coaching, yang simple dan kita ada bercakap tentang masa depan business shaklee itu sendiri, jadi bila makan mee goreng pulak, ianya menjadi bertambah psiko, tahu kenapa ?

mee goreng sedap

Latar Belakang Tentang Mee Goreng

Oklah, bila sebut pasal mee goreng, semua orang tahu, dari sarapan sampai nak jadi makanan malam, semua orang suka makan mee goreng. Mengikut kajian terperenci oleh pakar pakar diet, mee goreng dalam 1 pinggan membawa kalori sebanyak 281Kcal. hooo, tapi itu bergantunglah kepada cara penyediaan, kalau letak ayam goreng, memang menjadi banyaklah kalori, sukar nak diet. Hoo.

Cerita Tentang Psikologi dan Business


Sambil makan mee goreng , semalam MKB bercerita tentang kuasa psikologi dan business Shaklee. Bila bercerita tu adalah banyak benda yang diucapkan, kelebihan dan kekurang seseorang kalau nak berjaya dalam business, tapi ada lebih menarik tentang branding diri tuh. Hooo memang psiko sikit di sana.

Apa Yang Penting Cerita Mee Goreng Semalam ?

Bila cerita pasal semalam, kiranya apa yang saya faham, semalam bila MKB bercerita tentang orang yang berjaya habiskan phd ini, mereka ialah orang yang ada DISIPLIN . Dulu kat sekolah kita memang ada cikgu disiplin, tapi budak jahat macam aku ini tak termakan sangat. Bila dah besar, dan berjaya, baru faham, DISIPLIN akan membezakan seseorang itu berjaya atau tidak, dan bukannya kepandaian atau latar belakang orang itu. Aku pun kagum, dengar seorang pemegang phd, dulu dia dapat 9E dalam SPM. Tapi macam mana dia boleh berjaya ? dia takdalah pandai ? Jawapannya ialah DISIPLIN !!!!






Day 13 - Dinner

Comments

Popular Posts