Muzik Suatu SUMBER INSPIRASI ?

Bila bercerita tentang sumber inspirasi, sebenarnya banyak sumber inspirasi yang bagus kita ikut dan contohi, lagi lagi nabi kita muhammad, kitab suci Al-Quran, dan para sahabat. Tapi entry kali ini saya nak bawa anda satu sumber lagi, iaitu dari MUZIK . Hoo, adake macam tuh ? takpa nanti saya cerita kisah seni dalam blog ini, kalau dikupas kembali, korang akan faham kuasa muzik itu

kuasa muzik


Suatu Kesetiaan

Bila cerita pasal muzik, kumpulan muzik. memang sebenarnya ada banyak cerita motivasi, disebalik kehidupan mereka yang kadang-kala terumbang-ambing itu. Tapi keteguhan setiap kumpulan tersebut, macam kumpulan WINGS, lagu mereka yang best, tentu sekali sepertia inspirasi taming sari, tirai horizon, memang layan , dan itulah semangat yang ditiupkan dalam muzik rock. Jadi setiap muzik itu, kalau nak diceritakan memang ada kisahnya.


Kisah PEMUZIK 

Bila aku cerita pasal gitaris kidal, sebenarnya ianya lagi membuatkan aku kagum dengan mereka. Contoh terbaik yang pernah aku tulis ialah Tommi Iommi dari kumpulan Black Sabbath, mungkin korang yang dengar memang pelik, tapi cerita dia tuh membuatkan kekurangan itu ialah KELEBIHAN dan ianya menjadi suatu KEUNIKAN. Jangan tak tahu, tommi iommi pernah giveup main gitar, sebab jari dia cedera masa kerja kilang. Tapi dia jadi kreatif, inovatif, sebab itu muzik mereka berat tapi layan.


Keras Tapi BERNAS 

Memang orang kata muzik thrash tu keras, tapi itulah dalam keras ada BERNAS, aku masih mengkaji, menghayati, kenapa METALLICA masih the best metal band dalam dunia, lepas tu jugak macam mana Cromok buat lagu ada unsur kemelayuan. Sebab itu aku suka dengar banyak kali, dan kejayaan diorang ni, buat semua orang nak main muzik, nak berjaya, nak buat sesuatu yang unik dan bagus.


Kesimpulan

Sebenarnya yang ni salah satu je, banyak lagi sumber inspirasi yang boleh korang dapat dan rasai. Itu aku tak cerita lagi kuasa alam, nature, macam dr shaklee buat, oklah takpa, nanti kita borak lagi.


Comments

Popular Posts