Movie Yang Ada Dalam Blog Saya

alhamdulillah, dah masuk hari ke 27, nak buat cabaran 30 hari blogging. Tema ialah movie yang paling saya suka. Tapi saya pun tak boleh kata , sebab banyak movie yang saya suka layan, lagi lagi movie kelakar, tapi movie ni buat saya berfikir dan terus berfikir, apa movie tuh ? Oklah, takpa, saya nak share dulu movie yang ada dalam blog saya ni, dulu pernah review.


review movie


ULASAN IRON MAN 3 YANG MERAPU

Hahahah, tak sangka, gua lepas tengok iron man 3, terasa best pulak nak buat review, tapi banyak juga movie yang layan kat wayang haritu, antaranya ialah cerita KL Gangster 2, dan macam-macam movie yang kami berdua tengok dekat wayang, biasalah masa tu tengah dating. Oklah, tapi movie iron man 3 ni memang best, banyak yang aku review jugak, dari segi teknologi dan moral of the stroy cerita tuh

CERITA P RAMLEE

Hahahah, yang ni baru layan, aku memang suka guna cerita p ramlee, nak kaitkan watak dan vitamin Shaklee yang aku jual. Contoh yang aku buat ialah falsafah Ali baba bujang lapok dengan AJHT, lepas tu pulak aku buat cerita urat dawai tulang besi, tapi aku ada juga tulis kenapa kalau marah nanti kena jual. hahha, memang layanlah review tuh, tapi takpa, korang baca dulu review 3 abdul dulu, mesti korang faham kenapa kalau marah nanti kena jual.

REVIEW OTAKMOVIE ?

Hahhaa, yang ni aku promotelah sikit review adik ipar aku, dia ni memang rajin buat review, macam-macam movie dia buat review, dan memang best, dan sesuai untuk korang yang gilakan review movie. So rajin rajinlah baca otakmovie nih.

Comments

Post a Comment

Popular Posts