16 Days Photo Challenge | Day 16 – Yourself With 10 Things

Alhamdulillah, hari ini hari terakhir untuk cabaran gambar oleh Hernee GP. Tahniah dan terima kasih hernee sebab adakan game dan cabaran yang best untuk kami sertai, dan membuatkan kami lebih kreatif, inovatif dan positif dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba. Oklah, berbalik kepada tajuk asal, apa kata kita cerita 10 perkara tentang diri saya. hahaha.


10 perkara misteri


10 Misteri Nombor 10 Dalam Hidup Saya

Nombor 10 ini boleh lah dikatakan banyak kena dengan jiwa saya, hahaha, dan banyak sejarah tercatit pada nombor 10, hooo, kami suka sangat nombor 10 ini, tak tahulah sebab apa, tapi bolehlah saya ceritakan 10 misteri yang wujud dalam keluarga kami ini.

  1. Lahir Pukul 10 - sebenarnya kalau ikut tarikh lahir pada surat beranak saya itu pukul 9.54 mcam tulah, tapi sebab nak bagi sedap, senang kira saya lahir pukul 10 pagi, hahah, kan bundarkan jadi senang.

  2. Hari Jadi Saya dan Wife Beza Sepuluh - hahahah kalau ikut hari jadi, wife saya haribulan 27, saya 17, dia bulan 2 saya bulan 12, hahaha, jadi beza 10

  3. Harmonika diatonic 10 lubang - hahaha, siapa yang bermain harmonika diatonic atau blues harp, standard mesti 10 lubang, kat situ, lah minat saya, hahahah, blues punya pasal, layan.

  4. Kelahiran 10 - Arreessa Zulaikha, anak pertama kami, lahir pada 1 haribulan 10, 2010, di selangor, dan membawa kepada nombor 10, nombor kelahiran anak selangor.;

  5. Maryam Cucu ke 10 Tok Saaid - kalau diikutkan Ariana Maryam anak kedua kami, ialah cucu ke 10 tok saaid, hahah, sepuluh lagi

  6. Kerja Nak Markah 10/10 - kalau boleh buat kerja mesti sempurna, dan mesti nak markah 10 per 10, walaupun kadang-kadang malas, tapi nak jugak markah 10 per 10.

  7. Jersey Legend nombor 10 - hooo pemain bolasepak negara, mokhtar dahari, nombor 10, dan banyak otai otai macam pele,maradona, platini, messi, mesti nombor 10, hooo mantop

  8. 10 Pemain Bola Keranjang - dalam sukan basketball, macam mamy hadha main tuh, mesti ada 10 orang, dan pemain ini bertukar ganti, tapi 5 sebelah lah satu pasukan, penat wooo.

  9. Naik Rank Sr Coordinator - bulan 10 tahun lepas, dapatlah merasa naik rank Sr Coord, hahaha, hasil sampai demam kepala, hoo memang layan.

  10. Sifat Manusia - sifat lelaki ini ada 10, sembilan akal satu nafsu, dan perempuan 9 nafsu 1 akal, hahaha kan cukup 10 sifat.


Jadilah begitulah 10 dalam diri saya yang biasa ini, jadi bulan 10 ini sebenarnya saya naik rank sr coordinator. Tahun ni dah setahun jadi kena usaha kuat lagi, 10 oh 10, 10 oh 10, lepas ini mesti target income 10 juta sebulan !!!!


Day 16 - Yourself With 10 Things

Comments

  1. meanrik plak fakta 10 ni.. hehehe..

    thanks faiz sudi luangkan masa join photo challenge ni.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts