16 Days Photo Challenge | Day 14 – Flashback

Zaman 2009, sebelum berkahwin, lepas bertunang, saya dikenalkan dengan insan lofi, penuh iman didada dengan karya seni, ketua projek rabak,khizanat, sampai saya tak terikut keLOFIan nya, itulah dia seni MOHD JAYZUAN. Memang gile bila berjamming dengan dia, dan banyak juga benda yang dipelajari semasa perform ngan jay. hooo, 


gambar artis


Mana Gambar Jay ?

Hahhaha, yang tu rasanya gambar ini masa kami lepak kat itudio studio , sempena pembukaan studio Su Anna Joe di kelana jaya. Hahaha, gile wei, sebelum itu, kitorang berkejar dari CapSquare, dan pemandu pelancong kami ialah saudara Ammar Husaini. Memang terbaik. Tak sangka malam tu ramai gile legend ada, hahaha, dan tak sangka gambar kat atas ini, semua orang pakai spek mata. hahahha. sempoi.

Lagu Feveret Aku

Hahhaha, gadis elektrik memang semua orang tahu, tapi lagu feveret aku jamm dengan mohd jayzuan ialah lagu kat bawah ini. Simple je lagu dia, tapi bila bab nak main harmonika, bukan boleh sebarang masuk bedal je, kalau main blues, ye boleh bedal, tapi banyak benda juga aku belajar bila jamming dengan Jayzuan, hoo, yang tu aku ulas nanti dalam blog harmonikawan. Hoo apapun layan dulu sesi jamming dibawah, hahaha 




Day 14 - Flashback

Comments

Popular Posts