16 Days Photo Challenge | Day 2–Something Blue

Hari ini sebab hari jumaat, aku sajelah nak share baju melayu biru aku ini, amacam cantik tak ? Hahhaha, kat bawah ni ialah hasil tangkapan MKB masa kami meeting GEGEMASU haritu. Memang gile bergaya, sebab gua pakai selipar, barulah macam pahlawan melayu. Hooo, cerita baju melayu ini memang panjang, cuba tanya wife aku sendiri, heheehe.

kenapa warna biru



Kenapa BIRU ?

Pernah aku baca jap tadi, kata-kata Mark Zukerberg ialah biru ialah kekayaan. hahhaha, sebab itulah facebook pun dia letak kaler biru. Tapi korang pun tahukan, kalau korang rajin search, banyak kajian menunjukkan kaler tu penting, hahahha, kalau nak buat sesuatu brand, color melambangkan setiap brand tersebut. Contoh kalau natural, semulajadi macam Shaklee, mesti letak color hijau, tak sesuai letak color merah, hehehe. Tapi itu semua ikut kehendak masing-masing, jangan tiru macam Vincent Tan sudah, pergi tukar color tradisi Cardiff City, mengamuk diorang.


Biru Mata Hitamku

Hahahha, oklah, yang atas tu pun lagu WINGS, kalau nak feel, layan lagu BLUES, hooo, jadi macam macam biru ni, haru biru, biru air laut, cerita BIRU, dan macam macam lagi. dulu ada satu kumpulan BLUE, hahaha, oklah, selamat memakai baju biru. Hari ini program gegemasu, macam biasa, pakai baju melayu birulah, hehehe.





Day 2 - Something Blue


Comments

Post a Comment

Popular Posts