Formula KIDS

Kali ini, saya gunakan teknik yang berbeza sikit, tema hari ini memanglah pasal kids, tapi saya nak cerita juga kepada anda apa maksud KIDS, hoo, dengan menggunakan lukisan anak saya, Arreessa Zulaikha, korang boleh enjoy setiap maksud yang ada alam KIDS ini.



power knowledge

KNOWLEDGE

Dalam dunia serba moden, K pertama dalam kids bukanlah kuasa, tapi KNOWLEDGE lebih penting. Zaman sekarang ialah zaman menguasai ilmu, dia yang akan dapat kuasa. Ingatlah, tengoklah bagaimana barat menguasai ilmu moden sekarang, sebab itu mereka boleh buat sesuka hati mereka, boleh serang negara itu ini, sambil didorong dengan semangat lain. So , jika anda nak berkuasa, anda perlu ada ilmu, ilmu ini yang memberikan anda kuasa sebenar


kuasa khayalan

IMAGINATION

Tak cukup dengan KNOWLEDGE, mereka yang berjaya, berimpian besar, ada cita-cita besar, perlukan imaginasi yang tinggi, untuk drive impian mereka menukar sesuatu yang mustahil menjadi realiti. Semuanya kerana mereka ini ada imaginasi, duduk diluar kotak pemikiran, berfikir benda yang mustahil. Dengan ilmu yang ada, mereka kembangkan lagi ilmu yang dipelajari, dan akhirnya banyak teknologi baru yang tercipta, idea marketing, dan macam-macam lagi dengan kuasa IMAGINASI



kerja kuat

DEDICATION

Walaupun kita dah ada ilmu, dan berimaginasi, kerja kuat itu perlu, kuasa movitasi, kerja kuat, dedikasi, amat penting kalau nak berjaya. Mana ada orang berjaya dengan hanya duduk senang, goyang kaki. Teringat pulak poster master zainul tadi, beza seorang Master dan seorang Beginer ialah si Master ini buat benda banyak kali gagal berbanding seorang Beginer, sebab tulah dia Master. Nak cuba banyak kali, nak terus bekerja, perlukan Dedikasi


korban masa tidur

SACRFICE

S yang last sekali membawa maksud Sacrifice, atau pengorbanan. Memang banyak benda nak berjaya perlukan pengorbanan. Orang yang nak berjaya, nak tuntut ilmu, dedikasi, mereka banyak berkorban, tak kisahlah dari segi wang, masa, tidur dan sebagainya. Jadi, nak berjaya, ada yang tidur sikit, bangun awal, semata-mata nak update blog macam aku nih, hahaha. Tapi itulah penting, kalau tak sanggup berkorban, mungkin tiada hasil yang mengagumkan.





Comments

Popular Posts