16 Days Photo Challenge | Day 15 – Right Before Bedtime

Ada satu tabiat Arreessa Zulaikha, sebelum tidur, dia selalu ajak kami main game papan macam kat bawah ini. Paling seronok, kami bertiga main game ular. Dalam satu masa tu, saya main dua orang dengan Arreessa game ini, memang dia dah mengantuk, tapi ada benda yang saya belajar darinya.


permainan kanak-kanak



Bila Nak Tidur Arreessa ?

Mama dan adik maryam dah penat, rasanya kami baru je balik dari Health Talk dekat Shaklee HQ. Semuanya bercerita malam itu ialah kesihatan ibu yang mengandung. Lagi tambahan juga vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Oklah takpa, malam itu saya dan Arreessa je main game ini. Macam biasa teknik balingan 6 saya berjaya menghabiskan game tersebut. Tapi lebih kagum lagi, Arreessa terus nak habiskan game tu, sampai dia boleh cecah garisan penamat, dan lepas itu dia terus tidur. 


Siapa Ular dan Siapa Tangga ?

Dalam pemikiran yang tak boleh lawan pemikiran Ahmad Maslan, saya tertanya-tanya, siapa yang jadi ULAR dan siapa yang jadi TANGGA. Perjuangan mesti diteruskan , hidup ini memang ada yang saya sendiri labelkan sebagai ULAR dan TANGGA. 

  • ULAR - ular diibaratkan orang yang menggangu kita, suka nak jatuhkan kita, dan benda yang hendak jatuhkan kita. Tapi ada benda diluar kawalan,yang itu ULAR ujian, memang Allah nak hantar ULAR itu kepada kita, supaya kita lebih kuat dan terus belajar dan sampai ke desitinasi kejayaan. Sebab itu orang yang suka keluar kerja dipanggil MENGULAR !!!
  • TANGGA - orang jadi tangga kita, kadang-kadang jadi lift kepada kita, orang itu yang selalu sokong kejayaan kita, termasuklah upline, family, isteri, suami,anak-anak, dan paling penting ialah mak ayah kita sendiri. Mereka ini yang jadi tangga, nak kita berjaya. Kalau dari segi marketing, networking, ada tangga yang panjang, ada tangga yang pendek, kerja kita ialah pandai menggunakan tangga itu, dan mesti terus berjalan. Kalau dah jatuh balik, kita kena pandai cari tangga itu semula.

Berangan-angan Sebelum Tidur ?

Sebelum tidur bagusnya kita berzikir, beristigfar, dan kadang-kadang, kita mesti berangan-angan, amalkan teknik RCA, aku mesti berjaya, aku dapat jual vivix, aku dapat dating dengan Siti Saleha, dan macam-macam lagi. Sebelum tidur itu, kita berehat, dan mengecas tenaga untuk lebih berjaya, dan bersedia untuk mengharungi perjalanan ULAR dan TANGGA. 



Day 15 - Right Before Bedtime



Comments

  1. Setiap yang anak ajak kita bermain tu at last mesti kita boleh gain saomething kan?

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh, dan carilah game atau permainan yang bagus untuk mereka

      Delete
  2. Searching for the Best Dating Site? Join to find your perfect date.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts