16 Days Photo Challenge | Day 10 – Words of Wisdom

masuk hari ke 10, aku dah terdapat idea dari semalam. Ini semua disebabkan oleh kebolehan pakcik piko yang datang seksyen 8 haritu. aku terus snap gambar phone dia yang macam pakaian beruang. Tapi itu korang belum tengok lagi, apa yang ada dalam phone tuh, baru korang tahu, hahahaha.

penting tak cover phone

Cover Phone Penting Tak ?

hahahha, sebenarnya ikutlah kepada tuannya. Dulu aku ada cover phone original warna biru. Memang cantik, tapi last last jadi hitam, sebab biasalah aku pun lasak juga menggunakan cover phone tuh, jadi last last aku pakai biasa warna hitam, hanya ada perlindungan cover plastik, nampak tak handphone aku tak menutup aurat ?



Penting Tak ?

Hahhaha, aku tak menjawab pulak. Oklah, sebenarnya ianya bergantung kepada jenis phone korang semua. Ada aku tengok, cover phone ini sangat wajib, lagi-lagi phone tu mudah rosak atau senang digunakan oleh budak kecil. Jadi adakalanya penting, adakalanya tak penting.Ikut juga pada strategi masing masing. Antara yang aku boleh listkan pasal cover phone ni ialah

  1. Boleh berubah ikut fashion, so korang boleh update cover phone baru 
  2. untuk letak nota kalau tengah periksa. Cover tu mesti ada poket 
  3. Boleh letak gambar awek korang, padahal dalam phone pun lagi banyak gambar 
  4. Boleh letak business card, khas macam aku bikin biz shaklee , 
  5. Boleh cover dari hujan lebat atau ribut petir 
  6. Boleh cover dari air tumpah semasa minum di mamak 


Jangan Tengok Sebelah Mata

Hahhaha, tapi satu falsafah en piko pasal cover phone ini sangat menarik. Cover phone ini hanyalah cover sahaja, Kita tak boleh menilai keupayaan handphone tersebut. Itu belum lagi siapa yang guna handphone tu, apa yang boleh dia buat dengan handphone tuh. Korang mesti pernah dengar, beli handphone canggih tapi takda kredit pun tak guna jugakkan ? Jadi pandai-pandailah korang guna phone tu, sama ada nak buat benda baik, nak berdakwah, atau pun nak merakam aksi lumba haram, aksi monyet atau aksi pekerja kilang.



Comments

Popular Posts