Binatang Peliharaan GOOGLE yang Perlu Kita TAKUT

Tajuk entry kali ini, cabaran blogging diteruskan lagi dengan menukar sedikit, bila cerita binatang yang paling takut, banyak sebenarnya nak cerita hehehe, tapi takpalah, hari ni, saya kasi tips lagi, binatang apa yang korang perlu berhati-hati, bila korang nak tulis blog, binatang ni memang google bela, ternak dan latih , makin lama makin pandai. hehehe. Cerita ni berpandukan kepada artikel orang putih yang ni.


teknik seo


1) Panda

Sepanda-panda Panda melompat, panda lagi orang terengganu. Memang betul, Panda antara binatang terawal yang dibela Google. Apa yang panda ni buat ? kalau panda yang ada kat Malaysia hanyalah duduk dalam zoo, buat muka comel dan bergelak ketawa. Panda google pulak kena kerja keras, dia mesti cari orang yang buat artikel kurang kualiti, artikel spammy, turunkan blog orang tuh. hahha, nampak tak, panda ni makin lama makin pandai, mungki sampai jadi kungfu panda. 

Cara nak lawan panda ini ialah, tulis artikel berkualiti, banyakkan content yang fresh dan rajin rajin membaca dan menulis, memanglah mula mula tu nampak poyo, tapi lama-lama pun rasa memang poyo, 

2) Penguin

Hahhaah, jangan tak tahu, penguin pun google bela dengan baik, apa kerja penguin ni ? menari sakan ke ? hahaha itu penguin "kaki gembira" memang kerja dia menari, tapi penguin google diberi gaji untuk mengesan inbound link yang tak bagus. Hooo, memang dulu, ramai Black HAT SEO guna teknik inbound link ni, nak naikkan ranking. Tapi janganlah ikut perangai diorang, google dah bijak dah, takleh tipu inbound link.

Jadi kita pun kena belajar menari macam penguin, cek balik inbound link yang masuk ke blog kita, guna google webmaster tools. Oklah, so kenalah dapatkan inbound link yang berkualiti,dari website yang real, bernyawa. hehehe

3) Humming Bird

Binatang sejuk kat atas memang kenakan penalti kepada pembuat blog, tapi si burung ni pulak lebih kepada membantu pencari nak dapatkan maklumat yang betul. Oklah, kalau ada orang cuba taip dekat google, "berapa umur lyna noh", humming bird ni akan keluarkan biodata lyna noh. Humming bird boleh dikatakan algorithm yang pandai, boleh membaca apa yang tersirat dalam pencari tersebut.

Jadi, bila menulis sesuatu topik, jangan terlampau fokus kepada keyword, tapi tulis dengan maklumat yang lengkap, atau penuh. Contoh nak tulis pasal biodata, produk, biarlah lengkap

4) Pigeon

Hooo yang ni sebenarnya agak baru jugaklah, binatang ni muncul, dia pun seekor burung yang tidak menghukum, tapi lebih membantu dari segi local search, maknanya nak bantu dari segi lokasi strategik pencari tersebut. So aku pun tak berapa faham sangat.

Selepas ini, boleh fokus kepada kawasan masing-masing. Contohlah pengedar shaklee kawasan mana, jadi kena buat blog betul-betul, jangan merapu

Kesimpulan

Kesimpulannya, kome tulislah blog betul-betul, dan ingat, jangan tulis untuk google, tulislah untuk pembaca, biar pembaca faham, tak kisahlah apa strategi pun, lepas tu update, hehehe. Oklah, jangan jadi robot sangat, happylah sikit. Kalau tengok Super Spontan pun tak boleh gelak, makanlah B Complex untuk kurangkan stress. Ok bye !!!

Comments

  1. Best baca. Penuh info tp santai je^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kena banyak belajar lagi , yang ni pun pendapat sendiri je

      Delete
  2. Seronok baca ringkas dan padat.. Enjoy :)

    ReplyDelete
  3. tahap penulisan saya belum sampai tahap ni...jauh ketinggalan

    ReplyDelete
  4. info yang terBEST... hahaa baru tahu pkcik google ada haiwan pelihawaan.. kuikuiii

    done follow.. jom ke sini http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Tak pernah terfikir pun pasal haiwan ni.
    Info yg best!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts