Siapa Saya ?

Oklah, saya pun nak join juga entry untuk group we love blogging ni, tapi sekarang ni, saya nak anda teka siapa saya, anda kenal tak saya ? oklah, kalau anda nak kenal saya, caranya mudah je, anda boleh tengok gambar gambar di bawah, memang anda akan rasa terkejut tengok kehebatan saya bersilat sambil bermain trompet !!!




1) Mat Kerinting

saya dulu masa kecil ikut abah saya pergi ofis, masa tu saya memang nakal, rambut semua tak potong, bergebangan, dan saya suka ambil pensil dekat ofis bapak saya, yang masa tu kerja dekat pejabat pos besar shah alam. Semua kawan abah panggil saya mat kerinting, sampai besar pun dia panggil mat kerinting.



2) Sifu

saya dulu seorang yang gila addmath, sampai saya boleh habiskan buku tulisan khoo cheng tu, sebelum form 5, saya dah boleh buat formula janjang dengan kacang goreng, termasuklah pengamiran. Jadi , masa tu kawan kawan saya panggil sifu sebab saya siap buat kelas tuisyen ajar addmaths, masa tuh satu bulan saya cas RM 10



3) Ninja

masa di matrikulasi melaka, yang rupanya dekat dengan rumah kak miah, kak su dan kak zeti dan rumah haji hamid, roomate pertama saya panggil saya dengan gelaran ninja, masa tu rupanya, saya suka tulis buku nota saya dengan nama Faiz Ninja. Jadi, nama tu terus membawa ke UTM, dan bebudak terus panggil ninja. Ada satu pendapat saya ni ninja sebab pakai baju hitam. Tapi sebenarnya itu teori yang kurang tepat. Saya pakai baju hitam sebab masa tu saya minat METALLICA dan XPDC



4) Ninja Seni

Sebagai seorang yang suka solo, masa tu saya nak bergerak, buat myspace music, dan akhirnya terciptalah satu nama artis saya, dipanggil ninja seni, dan nama tu sampai sekarang saya guna, untuk tujuan komersial . Paling bersejarah bila saya masuk astro kelab pop musim ke-3, hahahah, memang kelakar jugak time tuh, habis kena marah dengan producer sebab pakai t-shirt Transformers



5) Babah

Walaupun ini nama yang glamer, tapi gelaran ni masa saya belum ada anak lagi. Tetiba anak sedara saya panggil saya babah. Hoo, mungkin dia tengok kawan dia kat sekolah panggil babah. Tulah, hhahhaha, jadi nama babah ni melekat sampai sekarang, sehingga membawa ke Shaklee family. hooo memang anak kawan kawan pun panggil babah.



6) Superdad

Semasa kelas pertama Mami Hadhatina dan Dedi MKB di Amsyiq Gold, saya dengan bangganya digelar Superdad, nak tahu sebab apa ? Sebabnya saya pakai t-shirt superdad masa saya first time jumpa mami dan dedi masa kelas blog di Sara kids, tak sangka, pulak, lepas two, three. Hahhaa, superdad adalah lawan kepada supermom 



7) Awan Nano

Masa ada satu kelas leadership di seksyen 15 shah alam. Masa tu Lyna Noh buat kelas, dan masa tuh husband dia muncul, aku terus panggil dia Imam Muda , memang muka sama. Jadi sebab dia macam nak balas balik dia terus panggil aku AWAN NANO, sebab masa tu rambut aku macam Hafiz, nyanyi lagu begitulah awan nano, nano nano nano nano,



8) Dr Faiz

Bajet bajetlah sikit panggil, diorang tahu aku buat phd tak habis, tapi si Q Costa nih, roomate masa pergi USA haritu panggil gelaran Dr Faiz, adui, pening aku, takpalah, belasah jelah, walaupun sebenarnya Naja lagi power blog dari aku, tak caya cuba korang type apa keyword shaklee, mesti keluar blog superbvitamin.



9) Uncle Kuasa

Yeah !!!! satu lagi kuasa untuk aku, eh tadi perenggan atas saya. Oklah, masa ni dapat nama dari kelas blog Rich Family Lydzar Rusman, best giler. Lepas kelas, semua budak saya layan, saya ajar diorang teknik KUASA, semua budak budak cakap, "UNCLE FAIZ NAK KUASA !!!" Lepas tu Lydzar terus panggil tips awet muda Uncle Kuasa 



Hahhaha, amacam best tak ? ok soalan kuiz, sebenarnya SIAPA SAYA ? Siapa tahu jawapannya, sila komen di bawah, siapa betul akan dapat hadiah .so kalau tengok dari semua nama tuh, korang boleh tahu siapa SAYA !!!!

Comments

  1. Kamu adalah kawan saya, dia dan mereka....

    ReplyDelete
  2. Done follow..
    siapa kamu? kamu adalah kamu hihihi
    have a nice day! Lissa@http://lissadblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Uncle Kuasa mmg best. Dikalangan ramai bapak2 buat hal sendiri dlm.kelas.. uncle kuasa amek alih perhatian anak dorg dgn begitu baik sekali. Uncle kuasa boleh bukak taska. Tp jgnla ajar dorg berlawan ala power rangers je ye! Haha

    ReplyDelete
  4. Muahaha...faiz chan,
    Macam best nya formula janjang dengan kacang goreng tuh...
    Nak tahi..nak tahu

    ReplyDelete
  5. * nak tahi= nak tahu
    Huhuhu....jari tak runcing asyik tersasar je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts