Mengakui Kesilapan ?

Benda yang paling sukar dalam hidup ialah bukannya kesilapan, tapi ialah mengakui kesilapan. Itu ungkapan emas yang diperkatakan oleh En Bruce Lee, yang menghantui dunia kungfu zaman aku kanak-kanak dulu, besar maknanya kesilapan dalam hidup, nak cakap pun bukan silap, tapi kekadang itu ada lebih penting dari itu


sikap ego


Sikap EGO

Memang sukar nak mengaku kesilapan, lagi-lagi sikap ego kita sendiri, Nak lawan sikap EGO ? ye memang sukar, kekadang ambil masa, ianya perlu perlahan-lahan, nak memahamkan lagi apa salah kita, memang sukar, kalau macam tuh, baik jangan buat silap, tapi apa kan daya, manusia lemah, takda yang sempurna.

Pengalaman

Jadikanlah suatu pengalaman, bak kata lirik lagu Ramli Sarip "Sejarah Mengajar Kita, Menjadi Lebih Dewasa", Benda lepas kita kena akui, itu silap kita, masa tak tunggu kita, bergerak dan terus bergerak, adakah kita nak duduk diam menyesal, atau mencipta satu lagi SEJARAH MANIS dalam hidup kita , fikir-fikirkan , ok ?



Comments

Popular Posts