Baju Masa Ambil Award Shaklee di USA

Cabaran ke 8 ni di sambut selepas kepulangan kami team gegemasu, dengan masalah conection UNIFI rumah ni, ni aku dah call unifi 4 kali, nasib baik tak tujuh kali, makanya kalau tujuh kali, aku terpaksa cari alternative lain pulak. hahahah. Oklah, cabaran ke 8 ni memang power, ada ke dia tanya fashion saya, oklah takpa jom tengok baju gua nih


berpijak di bumi usa dengan baju melayu



BAJU MELAYU JOHOR

Hahahah, nampaktak gua, walaupun orang Selangor, tapi gua tetap suka dengan baju johor, tak tahu kenapa, sebab tu gua bertemu jodoh, dekat UTM skudai, lu orang semua boleh baca episod 6 cabaran blogging gua. Tapi memang bestlah, antaranya, colar dia macam t-shirt, stylo, nak lagi stylo buat macam gua  kat atas, amek award dengan baju melayu, di Long beach California, barulah bangga anak melayu !!!


baju melayu johor memang smart

SELUAR DURBAN

Gua tak tahu kenapa , sejak dari sekolah menengah, masa matriks rasanya, gua suka sangat seluar durban, gua tak boleh menerima selain dari seluar jeans, mesti seluar durban, kalau beli seluar slack lain pun, gua pernah beli, tapi tak sesedap seluar cap durban, hahahha, tengoklah, senang je nak jaga gua ni, hahaha. belikan seluar durban, itu je !!!


seluar jenama durban paling sedap

KASUT NIKE

ini pun satu bidaah yang jangan diikut, dari zaman sekolah gile kasut ni, memang tak boleh pakai langsung, bila dah ada duit, lagi menjadi, kalau kasut mesti angkat  kasut nike punya,tak boleh belah langsung, hahahha, memang comel dan sedap. Itu je, no komen komen.


kasut nike best gile

CABARAN MASIH BERJALAN

Oklah buat semua yang masih tak tahu lagi, gua and the team sedang menyahut cabaran 30 hari blogging tanpa was was, untuk menaikkan rasa cinta kepada blogging, berkongsi ilmu, pengalaman unik dan juga tempat makan best, disamping menjana pendapatan . Oklah buat yang tertinggal entry gua, dah seminggu kita berblogging, jom ulangkaji kembali apa yang berlaku.

  1. Day 1 - ketahui sembilan gelaran yang pernah diberikan kepada saya , dari kecil hingga besar
  2. Day 2 - nak tahu tak rahsia seorang jutawan yang sempoi lagu cunz ? kena baca dari hati yang suci murni
  3. Day 3 - kalau sarapan di shah alam, tempat ni memang best, dan lagi satu nasi lemak pilihan gua yang gua rasa memang boleh masuklah kalau makan.
  4. Day 4 - betul ke teknik kemas gua adalah teknik paling mudah, sesuai untuk orang malas ? jom baca untuk menilai sendiri nilai peribadi gua
  5. Day 5 - pernah ke orang melihat sendiri apa yang ada dalam beg seorang cikgu blog paling sempoi ? baik korang tutup hidung, mungkin ada seluar dalam spare kalau tetiba kawan ajak mandi laut
  6. Day 6 - uncle kuasa mode jiwang bak kata makcik lydzar
  7. Day 7 - kenapa geram sangat dengan kaum Yahudi nih ? hahahha, jom baca entry sebab internet unifi rosak.
Oklah, selamat sambung minggu kedua cabaran blogging, semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada rakyat malaysia dan rakyat selangor yang baru je dapat MB baru, Amboi amboi amboi.

Comments

Post a Comment

Popular Posts